Harini kita makan spageti pulak, pagi tadi dah nasi goreng. Kita cuba resipi baru nak!
Cikzira try campur carbonara prego dengan Heinz classic cream of tomato soup yang tin merah tu.
Bahan-bahan:
⭕️sebungkus prego spageti direbus bersama olive oil dan garam
⭕️setin carbonara prego
⭕️setin Heinz classic cream of tomato soup
⭕️sosej potong bulat kecik
⭕️patty chicken burger(ganti sebab takde daging kisar)
⭕️cendawan butang dipotong kecik kecik
⭕️bawang putih potong dadu
⭕️bawang besar potong dadu
⭕️serbuk lada hitam
⭕️mixed herbs
⭕️mushroom seasoning + serbuk stok ayam
⭕️butter
Cara masak:
π panaskan pan, cairkan butter
π masukkan patty chicken burger, sosej dan cendawan butang. Goreng bagi garing.
π masukkan bawang putih + bawang besar tumiskan bersama bahan tadi.
π masukkan serbuk lada hitam, mixed herbs dan digaul rata.
π tuangkan Heinz cream π₯« + prego carbonara ke dalam pan. Gaul rata. Boleh tambahkan sedikit air kalau nak kuah lebih sket. Tapi jangan banyak sangat air sebab kita nak texture kuah tu pekat.
π boleh masukkan cooking cream/susu cair/fresh milk dan gaul rata.
π perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan serbuk stok ayam secukupnya.
Siap, hidang dan boleh makanπ
1st time dua dua ni bergabung, peh hasilnyaaa. Khalisah pun kata sedapp. Dia rasa carbonara tu pastu rasa creamy tomato yang light light tak rasa masam sangat sangat.
SELAMAT MENCUBA!
#bilacikziramasak #resipimudah
No comments:
Post a Comment