SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 22, 2021

Mamee Monster Ghost Pepper

Setakat ni, carta terpedas mee segera cik zira pernah cuba ialah Mamee Ghost Pepper SPICY Chicken yang kaler hitam tu. Cup dia kecik je tapi pedas dia tu kan main di carta teratas tau. Cik zira pernah makan yang ni 2x. Tapi dalam pedas dia tu sedap rasa dia. Tak macam samyang yang Korea yang 2x spicy tu tak rasa apa pun. Sedap tu takde. Tapi yang mamee Ghost Pepper tu ada rasa sedap. Walaupun sambil makan hidung berair tak benti, bibir merah semua😅

Untuk post harini, cik zira nak share dua lagi mamee Monster Ghost Pepper dekat korang.

Tadaa~~

Yang ni ada dua. Cikzira nampak dekat kedai terus amek dua pack untuk setiap perisa. Yang biru tu berkuah, yang putih tu goreng.

Biru tu perisa daging cendawan pedas. Yang putih tu perisa mee goreng Indonesia.



Cik zira try yang biru berkuah tu dulu mula mula. Oklah rasa dia ada rasa sedap tu. Level kepedasan dia masih terkawal tak sepedas yang SPICY chicken kaler hitam tu. 

Sebulan lepas tu cikzira try yang putih yang jenis bergoreng plak buat sahur. Makan dengan ayam goreng. Pedas berair jugak hidung tapi masih terkawal. Dari segi rasa? Cik zira macam biasalah prefer lagi Maggie Pedas Giler. 



Tak silap sepeket ni dalam RM4++ macam tu harga dia. Mee dia besar dan kenyal. Kalau tanya suka biru ke putih cik zira lagi suka yang berkuah biru tu rasa dia. Yang putih tak berapa sedap sangat.

Korang dah cuba ke?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails