Maka, dengan berat hati cik zira terpaksa melepaskan ia pergiðŸ˜ðŸ˜
Lepastu tanya dekat banyak kedai memang takde cincin design tu dah. Kalau nak tempah pun amek masa yang sangat lama.
Sedih. Dahlah cincin saiz 10 nak plak design gitu memang payahlah nak dapat.
Kesedihan terubat bila "ternampak" gamba che ta dekat IG dia duk tunjuk barang kemas dari habib jewel. Tengok cincin dia pakai ya ampun terus gembira rasa dihati.
Satu malam duk belek ig habib jewel duk layan live. Dalam hati berharap sangat ada saiz cincin yang duk berkenan design oro italia tu.
Malam tu jugak whatsapp dua outlet habib jewel dekat gurney plaza 1 dengan dekat masjid kapitan satu. Tapi esoknya tak berbalas pun.
Hati jadi tak tenang dah. Duk teringat ingat. Dah nama cik zira kan, kalau dah kata nak sejenis takleh tunggu lama lama. Dia mesti nak terus pergi.
Maka, kul 10.45am sampailah di kedai habib jewel yang jujur cakap cik zira pertama kali masuk untuk membeli. Sebab dari dulu duk fikir habib jewel ni mahal sangat. Tapi dek kerana cincin idaman hati gagahkan diri jugak masuk.
Masuk je cakap dengan akak tu nak cincin oro italia. Dia terus tunjuk lepastu hati berbunga tengok design yang Masha Allah cantik sungguh.
Tapi....
Nak cari saiz 10/11 takde. Sedih lagi sekaliðŸ˜ðŸ˜
Duk perati jugak satu satu dengan akak tu. terjumpa saiz 9. Try pakai. Alhamdulillah muat walaupun saiz 9 tapi sebab dia jenis ada terbuka dekat belakang tu jadi boleh muat. Tak puas hati lagi sebab sume yang berkenan saiz jari cik zira takde. Cari lagi. Ada saiz 12 jgk paling kecik. Try sarung dekat jari memang longgar.
Tapi dah sejenis degil kan. Dan sejenis mana cukup kalau beli 1 je😅 maka, ameklah kedua dua cincin idaman hati saiz 9 dan 12 itu.
Eh, tak cukup dengan dua cincin itu. Ditanya plak akak tu "ada tak kak gelang jugak nak yang bajet bawah 2k"
Maka, membeleklah gelang tangan pulak! Kata nak bajet 2K kan. Sudahnya sekali ganda yang dia berkenan. Cik zira cik zira. Isyh isyh...
1st time beli barang kemas dekat habib jewel. Puas hati. Sampai pun boleh terus masuk membeli sebab sampai awal pagi. Ada 2 customer je masa tu. dapat memilih dengan tenang dan aman.
Kalau tak biasa pergi kedai emas kena beratur ber panas lama. Kena tunggu turn. Bersesak. Tapi masuk habib jewel dekat masjid kapitan tu alhamdulillah sangat syok memilih cincin idaman hati dan gelang yang langsung tiada dalam senarai🤣
Dapat free gift tote bag dan sampul raya yang cantik. Tq kak Fauziah yang layan cik zira dengan baik. In sha Allah ada rezeki kita repeat lagi mai beli dekat habib jewel❤️
No comments:
Post a Comment