SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 14, 2021

Kasut Merah Cik Zira

Dekat dalam rumah ada rak kasut tinggi. Dekat luar rumah pun ada rak kasut jugak. Jadi kasut pun banyak, tapi banyak tak pakai sebab beli je lepastu bila tak selesa simpan.

Kaki cik zira sejenis sensitif. Cepat melecet tak tahu start dari bila sebab time anak dara time belajar dekat maktab dengan UUM dulu elok je membeli kasut tuka tukar pakai ikut warna baju.

Lepastu teringin nak pakai kasut cantik cantik pergi kerja. Tapi sayang sehari je lepastu sakit simpan jela dalam rak kasut tu.

Cuba korang tengok rak kasut cik zira ni, kalau orang tak kenal pun boleh tahu kan cik zira suka warna apa? Hehe 


Takpe, mana kasut yang tak boleh pakai tu simpan dulu. Khalisah lagi 2 tahun dah sama saiz dah bolehlah dia yang pakaikan. Sebab ada beli yang harga pun boleh tahan sayang nak kasi orang. Anak dara kan ada❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails