SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 1, 2021

Tips : tak nak kasi kuku kuning kena serbuk kunyit


Ha panjang tajuk tips kali ni kan? Mungkin ada yang dah guna cara ni jugak dah lama. Tapi, mana tahu ada yang masih tak tahu kan jadi bolehlah guna cara yang ni ok.

Kalau nak goreng ayam ke ikan ke sotong udang dan sebagainya guna serbuk kunyit dan garam tu, cara goreng biasa tu, bolehlah guna cara ni ok.

Mudah dan kuku jari sume tak kuning kuning dah!

Jom!
1. Letakkan bahan yang nak digoreng di dalam bekas yang ada penutup.
2. Bahan nak digoreng + serbuk kunyit + garam
3. Tutupkan bekas seketatnya supaya tak terkeluar.
4. Ha lepastu goncang kan sekuat hati.
5. Dah habis goncang, bukakan penutup. 
6. Bahan sume dah sebati dah senang je. 



Bolehlah menggoreng tanpa kuningkan jari dan kuku korang.

Oh haritu cik zira nak goreng 2 ekor ikan siakap. Jadi cik zira potong dua boleh goreng sekali harung je kalau takde kuali beso. Nanti masa hidang cantumkan je balik. Mudah kan hehe☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails