SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 2, 2021

Jalan Petang Cari Makan

Kadang-kadang kalau cuti tak ke mana sangat sebab ada kerja atau masak, memang akan cuba juga bawa khalisah khaliq keluar pergi tesco ke cari makan dekat dekat ke. Janji tetap keluar berjalan. 

Baruni hari Ahad, tak ke mana mana. Jadi, petang tu mencari makan dekat dekat je. Dekat Tun sardon je sebab macam macam jualan makanan ada.

Cik zira macam biasa tunggu dalam kereta, khalisah yang turun belikan makanan. Maklumlah, personal assistant ibu katakan. 

Beli air kopi gantung viral Perlis tu. Cup dia besar tapi rasa dia biasa takde yang special. Berbaloila dengan harga. Cuma bila minum tu takdelah kita akan kata sedapnyaa. Sebab rasa biasa biasa. Khalisah beli teh ais.



Lepastu beli ayam goreng Korea. Seketul RM2. Pulak masa beli ayam masih panas panas. Makan dalam kereta. Peh, layan habis. Sampai licin ayam tu. 

Pastu dah habis ayam, minta tolong khalisah belikan roti jala, donut dengan karipap sardin. Khalisah pun pasrah jela walaupun beratur ramai. Tapi apakan daya dah ibu suruh kena taat😅

Kadang kadang ada masa kita taknak makan fastfood sume kan. Kita nak makan benda benda local macam ni petang petang panas panas makan sedap je rasa. Kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails