SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 8, 2022

Packing Baju Balik Kampung

Sejenis cik zira kalau balik kampung, memang dah bajet baju dah ikut hari. Dan mudah nya jugak sebab dekat melaka ke atau JB memang cik zira dah tinggal siap siap baju untuk harian pakai dekat rumah. 

Yelah sebab biasanya cuti seminggu ke dua minggu ke memang akan bergilir sama ada balik melaka atau balik JB. Jadi memang tinggal terus baju rumah.

Bawa balik baju nak berjalan je. Macam raya baru ni cik zira kira siap siap baju raya untuk dua hari dengan baju nak jalan untuk balik penang.


Pack dalam plastik siap siap ikut hari. Kalau bukan raya pun cik zira akan bajet baju jalan ikut bape hari nak pergi berjalan kalau balik melaka biasanya tak berjalan memang duk rumah jadi tak bawa balik banyak baju. Kalau balik JB yang akan berjalan lebihkan baju jalan. Biasanya gitu je.

Jadi kalau balik nek keta ke nek flight ke memang akan bawa 1 je luggage merah kecik tu. Lepastu satu beg galas belakang. Itu je. 

Pastu kalau boleh basuh baju siap siap lagi mudah. Nanti sampai rumah takdelah nak membasuh tinggal kemas simpan je. 

Masih mood beraya kan korang. Baju raya cik zira dengan khalisah khaliq pun banyak ni. Nanti sambung raya dekat penang pulak. 

Hati hati di jalan raya tau siapa yang memandu tu. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails