SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 26, 2026

Indomie Pop Spageti Perisa Carbonara Pedas

cikzira nampak instant spageti ni masa shopping barang rumah dekat lotus. harga pulak 99sen jek. terus beli 4 paket nak cuba. 

sebab sebelum ni kan viral spageti yang paket warna hijau oren merah tu kan, yang tu pun pernah try. kalini nak cuba yang ni sebab dari brand indomie dan packaging lagi menarik. harga pun murah je. tu nak try.

cara masak pun mudah macam masak megi je jugak. cumanya kena pastikan spageti tu lembut elok tak keras tak liat baru masa slurpp tu sedap. jangan rebus bagi kembang sangat pun tak sedap.

dia ada dua pack perisa. satu bumbu carbonara spicy tu satu minyak pedas dia. cikzira tambah sket air panas untuk kacau perasa tu taknak kering sangat. spageti dah rebus elok, tos masuk dekat mangkuk perasa tadi kacau bagi rata perasa meresap dekat spageti. 



RASA? sedapppp. tapi, pedas tau. untuk yang kuat pedas macam cikzira, cikzira approved sangat. abdul khaliq pun boleh je makan tapi sulam dengan air. dia rasa pedas tapi pedas yang sedap dan nak makan lagi bagi habis. lepastu siap ada kepingan kecik kecik macam daging meatball tu.

untuk harga yang semurah RM1 ni, dekat lotus 99sen, dekat ecoshop tiga paket RM2.60 lagi murah pun cikzira beli sampai 6 paket. sebab sedap. buat stok. bila teringin boleh masak sebab cepat mudah sedap!

korang kalau suka megi goreng suka spageti goreng instant ni, nampak je Indomie Pop Spageti Spicy Carbonara terus beli tau, cuba dulu sedap ke tak. sebab tekak lain lain kan. 

CikZira Approved!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails