dalam hidup ni kan, mesti banyak kali dah korang buat perkara yang korang tak sengaja
maksudnya, korang tak plan pon nak buat benda tuh, tp korang buat?
contoh paling mudah bagi perempuan:
- kengkonon pergi shopping mall nak jalan2, makan2 dan tgk wayang sahaja dengan kawan2, tetapi, bila masuk sahaja kedai kasut mahupon kedai baju, tanpa tidak sengaja, korang terbeli beberapa pasang kasut dan beberapa helai baju kegemaran. pernah bukan?
- (bagi yang duduk asrama) pergi bilik member, kengkonon nak pinjam barang jek, las2 duk lah berjam2 sambil berborak. pernah bukan?
- sedang duduk bersahaja, tetibe terasa mahu makan pasta atau sebagainya, terus pergi beli barang dan masak pasta atau lain2 untuk dimakan untuk juadah diri sendiri. pernah bukan?
- pergi tesco atau mana2 nak beli barang yang telah disenaraikan, tapi end up dengan barang2 yang tidak disenaraikan sekali penuh dalam troli. pernah bukan?
- sedang berborak2 dengan kawan, tanpa tidak sengaja, korang tergelak besar tak hengat mahupon terjerit. pernah bukan?
dan banyak lagi perkara2 yang korang tak sengaja buat, tp korang terbuat,,
cik zira bagi contoh perempuan sebab cik zira perempuan, kang bagi contoh laki takut tersalah fakta plak,,hee
paling besh, pernah tak korang kata kat diri sendiri, tak naklah jatuh cinta atau ada pasangan yang digelar kekasih dalam masa terdekat, tup tup, esoknya atau pon minggu depannya terus korang terpikat dengan seseorang dan terus menjalinkan hubungan. ha, yang ni pernah tak?
kadangkala, perkara yang kita rancangkan sekian lama, tidak dapat dilaksanakan
tetapi perkara yang tidak dirancang plak yang kita buat
yelah, bak kata pepatah, kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan segalanya
kan kan?
tapi kadang-kadang, ada seronoknya juga kalo buat sesuatu perkara yang tidak disengajakan ni
terasa puas pulak terutama bagi perempuan yang tak sengaja terbeli kasut baru, tak sengaja lagi terbeli barang make up,, hehe
kalo dah namanya perempuan, sengaja ke tidak ke, shopping tuh mmg ubat paling mujarab,,
bagi cik zira sendiri, seringkali melakukan perkara2 yang tidak disengajakan ini
tp cik zira percaya, bila sesuatu perkara tuh dah berlaku, baik atau buruk, kena terima jugak
dan kalo ada yang perlu diperbaiki, eloklah dibaiki mana2 yang terkurang atau terlebih itu
betul tak?
hidup tak selalunya sempurna seperti apa yang kita rancangkan
tetapi kadang2 apa yang kita lakukan tanpa perancangan dan secara tiba-tiba akan menjadikan hidup itu sempurna jika perkara yang kita lakukan itu berjalan dengan lancar
apa yang penting?
kegembiraan dalam melakukan sesuatu perkara
tu lebih patut diutamakan, tidak kiralah sesuatu itu dirancang mahupon tidak dirancang
No comments:
Post a Comment