SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 27, 2011

semalam, sabtu 26 februari 2011




salam ahad semuanya,






dah petang ahad dah kan, kejap je rasa. esok dah kena kerja balik dah,, huhu






entry petang nak cerita pasal sekolah pulak sebab semalam, hari sabtu, sekolah cik zira ada perjumpaan Koko yang pertama. cik zira Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan permainan bola baling. semalam pemilihan AJK dan bayaran yuran. penat jugak sebab budaknya ramai.



sabtu, 26 februari 2011




sambil tu cik zira tolong dekat english corner ada buat projek world of english. jadinya kena letak bahan-bahan membaca bahasa inggeris dekat sudut tu. dapat buat sikit. nanti lebihannya akan sambung kemudian.







datang sekolah lewat sikit. kul 8.10 jam sekolah. jam sekolah cepat 10 minit. sampai-sampai terus ke sudut english tu. lepas tu pergi masuk bola baling. akhir sekali sampai kul 12 lebih dekat KRS.






balik sampai rumah pukul 1. pukul 2 tusyen. peh, memang penat lah! tapi takpe. inilah namanya kalau cikgu kan. masa rehat sekejap-sekejap je. kerja banyak tau. tapi berdoa dan terus berdoa ni cuti bulan 3 cik zira dapat cuti. harap sangat sebab member kahwin dan nak kena setelkan satu perkara. tolong doakan sama cik zira dapat cuti ye bulan 3 nanti. AMIN.






hari ni pagi tadi tusyen sampai tengah hari. petang ni baru dapat rehat sikit. malam ni nak kena siapkan untuk sekolah esok.





itu sahajalah cerita cik zira dan bebelan cik zira untuk entry petang ahad, 27 februari 2011 ni. esok 28 februari dah hari terakhir dalam bulan februari tahun 2011. nak masuk bulan Mac dah. bulan Mac ni bulan cik zira tau,, =)






ok semua. mari habiskan hari ahad ni dengan happy ye. jaga diri baik-baik.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 februari 2011 7.30 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails