SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 11, 2011

Resipi : Nasi Goreng Sardin





hi kakak-kakak dan cik puan semua,






kali ini kita kembali dalam segmen masak memasak setelah sekian lama tidak menampilkan resipi simple dan mudah oleh cik zira.






memandangkan BFF cik zira telah meminta cik zira masakkan dia nasi goreng sardin, alang-alang dia pun tanya macam mana nak buat, cik zira pun berbesar hati nak berkongsi dengan pembaca blog MERAH ni.






mudah sahaja ye. sangat senang bahan-bahannya dan mudah nak menyediakannya. agak-agak tengah lapar, boleh je buat ni kasi kenyang,, ;)






okeh, bahan-bahannya ialah :







* bawang putih
* bawang merah
* cili padi 
* kicap
* sos tiram
* serbuk lada hitam & lada putih
* garam secukup rasa
* sardin yang telah dihancurkan (lebihan buat sandwich)
* nasi putih







cara-cara membuatnya :







1. panaskan minyak. tumiskan dahulu cili padi dan bawang putih sampai kekuningan.
2. masukkan bawang merah dan tumis lagi.
3. masukkan sardin dan goreng sehingga garing.
4. bila sudah garing, campurkan dengan sos tiram dan kicap. jika nak nasi kehitaman, lebihkan kicap. gaul sehingga sebati.
5. masukkan garam secukup rasa.
6. masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
7. siap dan boleh dihidangkan.







maaflah cik zira tak sempat nak snap gamba nasi yang cantik dalam pinggan tadi. tunjuk yang dalam kuali pun takpe ea,, ;)






boleh jugak nak letak telur mata ke atas nasi tu. atau taburkan dengan ikan bilis goreng pon sodap. kalau nak tambah ayam ke sayur ke boleh aje. ni cik zira malas, jadi nasinya kosong sahaja, hanya bersardin,, hehe






sian BFF, tak tahulah sedap ke tidak. tapi dah penuhi dah permintaan dia. hope u like it dEar walaupun simple sangat. 







korang pun cubalah k!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 11 jun 2011 7.00 p.m.

3 comments:

☆Lady Zahraa☆ said...

siyesly mmg sedappp.nasi goreng sardin is my faveret.lama dah tak msk
nasi goreng ni.

☆Lady Zahraa☆ said...

siyesly mmg sedappp.nasi goreng sardin is my faveret.lama dah tak msk
nasi goreng ni.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

wah, suka ye?
nanti masaklah, mesti sedap kan kan,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails