salam sayang dan salam sabtu buat semua pembaca yang disayangi,
semalam kan hari jumaat kan, hari yang cik zira sifatkan hari makan-makan untuk cik zira tau. kenapa cik zira kata hari makan-makan? ha, pandai. mestilah! sebab makan banyak, kita namakan je hari makan-makan.
minggu lepas ni, satu minggu tak dapat berpuasa macam biasa sebab kena makan ubat. kan namanya demam, jadi ubat banyak lah nak kena ngabiskan. jadi, bila tak berpuasa, memanglah alasan nak makan banyak tuh tak payah bagi, pendek kata, makan je nak makan apa,,, ;)
macam pagi semalam. awal pagi dah sarapan teh O, pancake yang enak dan mee goreng yang sedap! lepas sarapan makan ubat.
makan ubat jadi mengantuk, sempat terlelap sebelum bersiap nak ke sekolah. pergi sekolah macam biasa. dalam kereta siap bawa lagi bekal pancake tuh makan dalam perjalanan pergi sekolah. mulut penuh pancake pun masih nak bergambar. nak menunjukkan yang pancake bik ani buat tuh sedap tau!,,, hehe
pukul 4 macam gitu, makan sup daging enak dengan sambal kicap, bawa bekal. memang sedap dan kaw sup nya dengan pedas yang memang pedaslah senang cakap,, makan sampai habis.
dalam pukul 4.15, ada pulak jamuan perpisahan untuk cikgu azman. ada ucapan sikit-sikit je sebab cikgu-cikgu semua dah kelaparan nak serbu jek makanan yang sedap dan banyak itu.
habis jek ucapan akhir oleh cikgu yang diraikan, cikgu azman, apa lagi, semua cikgu macam budak-budak dah, terus amek makanan yang diinginkan.
cik zira rasa kek coklat, rasa puding buah sampai 2 bekas cik zira makan. lepas tuh makan bihun soto. peh, sedap betul lah! bihun plak tamak, amek banyak, semput nak ngabiskan, tapi tetap habis,,, =)
lepas habis makan tu, minum air asam yang pekat masam semua cukup dan makan ubat. nak makan yang lain dah tak termasuk dah perut cik zira. cikgu-cikgu semua bungkus bawa balik tapi cik zira tak lah sebab perut memang dah penuh.
balik pun tak makan apa dah. malam semalam pun tido awal sebab mata mengantuk sangatlah. lepas isyak terus dah tutup lampu bilik dan tido. sebab tido lama sangat, dah macam-macam episod dah cerita mimpi cik zira. macam-macam mimpi ada, mimpi hantulah, mimpi makan lah, mimpi jenjalan lah. semua sekali ada, pakej lengkap,,, =)
cerita semalam, cerita makan-makan. inilah dia entry pagi sabtu ni.
dan pagi sabtu ni dah lama cik zira tak rasa cuti tau. selalu pagi sabtu dah pergi sekolah. pagi ni boleh berehat buat kerja sekolah dan petang karang dan pagi esok tusyen macam biasa.
selamat menikmati hari sabtu anda ye!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 9 julai 2011 7.49 a.m.
No comments:
Post a Comment