SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 11, 2011

semalam, sabtu 10 september 2011





semalam cuti, hari ni cuti, esok isnin kembali ke sekolah seperti biasa






bangun pagi semalam lewat, sengaja malas bangun. bangun pun sebab ada akak telefon dan terus bangun je sebab tak larat nak tido lagi. bangun-bangun terus tengok mata bengkak dan bulat macam mata panda. akibat tido lama,,, ;), sarapan kuih pau dan jemput-jemput.






pukul 12 tengah hari pergi kenduri kahwin sedara di skudai dengan atok dan bik ani. temanya biru. makan nasi minyak + daging + ayam. bubur pulut hitam. balik dalam keadaan hujan lebat. dah lah air cond kereta plak buat hal, nak kena betulkan tu. isnin lah pergi tengok.






mengajar tusyen setelah beberapa minggu bercuti raya. 3 orang je datang semalam. tapi memang semalam sempoi je lah ngaja, siap makan-makan, borak-borak, tapi kerja tetap jalan. BFF kan takde, jadi cik zira mengajar sorang je. macam-macam makan, jajan, kerepek, kuih raya, semua kitorang bedal sambil belajar. masa rehat makan nasi goreng plak dengan bihun soto.






sebelum balik bagi duit raya kat budak-budak tusyen. lepas tuh lepak rehat jap. dah rehat makan lagi bihun + kuey teow soto. perut lapa jelah tambahan pulak cuaca sejuk sebab hujan ke alasan je ni,,, ;)






sebelah malamnya tak buat apa sangat. rehat-rehat je. hari ni tusyen macam biasa jugak tapi dengan budak menengah plak. kerja semua dah siapkan, tinggal nak ngaja je 3 jam sebab BFF takde kan. nanti sesi lepas rehat akan bagi kerja kumpulan.






okeh, esok dah sekolah. kepada anak-anak Tahun 6, ingat ye, lagi bape hari je ni nak periksa besar. jangan main-main dah ye. banyak berdoa minta pada Allah berikan yang terbaik. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 10 september 2011 8.25 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails