SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 18, 2011

permainan yang mendebarkan. nasib baik dah gol awal.





peh, semalam tengok bola memang best lah. cik zira tengok dengan tok, bik ani, bik moi dalam bilik belakang. bukan main mulut masing-masing. padahal dahlah perempuan, bukan pandai main pun. pandai tengok dan pandai buat bising,,, ngee






serius cik zira bukanlah peminat permainan bola sepak tapi setiap kali pasukan Malaysia lawan menentang siapa pun, cik zira adalah antara peminat setia. memang suka sangat bagi sokongan dekat pasukan Malaysia.






dan semalam, menentang pasukan tuan rumah merah putih, garuda tu, dengan penyokong dorang yang sangat ramai, dalam tv pun dapat tengok. nasib baik harimau muda, harimau malaya kita tak gentar, cekal dan terus bersemangat.






dan ternyata gol awal oleh pemain bejersi 18 tu, sharul pada minit awal dia baru masuk tu memang menyelamatkan pasukan malaysia. walaupun pada separuh masa kedua indonesia terus serang dan serang, namun benteng kita tetap cuba menyelamatkan dan dalam masa yang sama ada juga serangan bertubi dari pasukan Malaysia.






cik zira memang suspenlah setiap kali garuda menyerang pulak tu tak berhenti doa dalam hati jangan dorang gol. sampailah masa tambahan 5 minit pun memang berdebar lah. doa je tak benti. nasib baiklah dapat kekalkan 1-0 kemenangan tu dan sekaligus menjadi johan kumpulan A kan. tunggu lagi dua hari untuk perlawanan separuh akhir pula. tak sabar ni.






peh, bila cerita pasal bola semangat lain macam kan cik zira. yelah, pasukan malaysia jelah tahu. pasukan mat salleh memang tak kenal pun sebab tak minat,, hehe


muda dan berbakat besar. syabas korang!!




okeh, sama-sama kita tunggu separuh akhir dan tetap sokong Pasukan Harimau Muda, Harimau Malaya!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 18 november 2011 8.38 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails