SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 4, 2012

A billion thanks to... Mami, Kak Emy & The Family.





Ini kira macam entry tribute cik zira kepada keluarga cik zira di Penang. keluarga cik zira yang jaga cik zira dengan baik selama 6 tahun cik zira belajar di tempat orang. keluarga yang cik zira sayang dan telah banyak membantu cik zira sepanjang cik zira di sana.






dan sampailah sekarang, selepas berkahwin, dan sampai bila-bila, cik zira harap sangat ikatan ini berkekalan. 






masa majlis di JB, mami dan kak emy saja yang datang naik flight. berdua. sampai pagi dan balik penang semula malam tu. terima kasih sangat dekat mami dan kak emy yang sanggup datang balik hari untuk ke majlis cik zira di JB ni.






dan, untuk majlis di Penang pula, keluarga suami memberi tanggung jawab sepenuhnya kepada katering mami, Ishah Katering untuk menjayakan majlis pada 18 disember 2011. dewan dihias cantik dan makanan dihidang lazat sekali.







mami sendiri yang layan kitorang di meja VIP dan tak menang sangat ke sana ke sini untuk memastikan semuanya berjalan lancar. masa pagi tu sempat jumpa mami di kafe masa semua tengah siap-siap untuk masak. kak emy sendiri yang masakkan untuk majlis tu jugak. jadinya, kak emy dengan mami sibuk di dapur dan tak sempat pakai baju cantik-cantik. cik zira pun tak sempat nak bergambar dengan mami dan kak emy tapi sempat bergambar dengan puteri-puteri kesayangan guna kamera photog.







ramai yang datang puji masakan Ishah Katering dan ye, memang cik zira tak nafikan, masakan yang disediakan oleh Ishah Katering memang sedap dan cara hidangan pun memang cantik dan tersusun. selama 6 tahun cik zira bersama mami, kak emy dan keluarga, cik zira pun dah puas makan sedap-sedap. seronok sangat.






keluarga cik zira pun dilayan dengan baik oleh mami dan semuanya berpuas hati.







cik zira dan suami sendiri makan betul-betul masa makan berdamai tu. maklumlah, lapar. pulak tu lauk sedap-sedap. memanglah makan tak cover-cover dah. lepas tuh siap ada laksa penang panas-panas lagi. peh, memang sedap, tapi tak sempat habiskan sebab dah nak potong kek. takpe, sempat jugak merasa laksa penang sedap tu.


 my always beloved mami

love her so much,,, =)




cik zira tak tahu macam mana nak cakap. macam mana nak berterima kasih dengan mami, kak emy, abang wan dan keluarga iaitu abang adam, irdhina, wardeena dan juga si cilik qisteena. cik zira dah anggap mereka sekeluarga macam keluarga cik zira sendiri. mami, kakak dan semua dah jaga cik zira dengan baik. cukup makan semua. cik zira sangat terhutang budi dan tak tahu macam mana nak balas. hanya mampu berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan dan rezeki yang murah kepada mereka sekeluarga.



the best mom and daughter ever!




Kepada Mami dan Kak Emy,
terima kasih yang tak terhingga atas jasa baik yang dicurahkan kepada cik zira selama mana cik zira bersama kakak dan mami. maaf atas salah silap cik zira pada kalian berdua. mami yang cik zira dah anggap macam mak cik zira dah banyak tolong cik zira dan mami pun dah anggap cik zira macam anak dia. kakak pun sama. cik zira memang banyak terhutang budi sebab bukan sekejap dengan mereka, lama, 6 tahun. jadi banyak kenangan manis sepanjang bersama keluarga kesayangan ini.









Insya Allah, nanti kalau ada rezeki dapat pindah penang, cik zira akan cuba luangkan masa dengan mami, abang wan, kak emy dan keluarga. cik zira berdoa sangat supaya hubungan cik zira dengan keluarga bahagia ini berkekalan sampai bila-bila sebab cik zira sayang mereka semua. Amin,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 3 januari 2012 5.38 p.m.

2 comments:

QASEH ALYN said...

wahh....meriah sugguh wedding cik zira yer...:) congrates dear...

hazirah abdul rahman said...

biasa sahaja dEar,,
terima kasih ye,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails