SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Showing posts with label harikahwinku. Show all posts
Showing posts with label harikahwinku. Show all posts
Monday, October 28, 2013
kaftan
Cik zira suka kaftan. Tak tahu nape. Mungkin sebab utama bila pakai kaftan nampak kurus sebab kaftan ni longgar.
Baru baru ni abang ai dan kak june gi bandung. Cik zira kirim duit belikan kaftan. Dapat 5 helai kaftan cecantik. Da siap basuh dah selamat simpan dalam almari yang dah penuh tu. Tunggu masa sesuai nak pakai.
Suka sangat kaftan sampai masa kawen dedua majlis pun pakai kaftan. Sanggup beli memahal dekat butik semata nak pakai kaftan jugak. Tapi kaftan kawen simpan tunggu femly terdekat kahwin. Hehe
Apa lagi baju takde? Sume jenis pun dah ada dalam bilik tu. Isyh isyh
Tuesday, December 11, 2012
11.12.11 - 11.12.12
Alhamdulillah
setahun sudah, setahun berlalu
walaupun berjauhan ikatan ini direstui dan dipanjangkan oleh Allah
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat cik zira dan suamiku
boleh ke ucap dekat diri sendiri? hehe. boleh jelah ye. blog sendiri kan kan
cik zira selalu berdoa semoga ikatan ini berkekalan dan sentiasa bahagia sampai bila-bila. dan tempoh setahun ni lagi best sebab ada hadiah paling indah Allah kurniakan dalam perut cik zira ni. tunggu masa dia keluar je nanti lagi sebulan lebih.
semoga kasih sayang ini berkekalan dan sentiasa diberkati oleh Allah. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 10 disember 2012 10.10 a.m.
Saturday, September 8, 2012
baju
maaflah sebab bercerita pasal kahwin yang dah lama berlalu. mood nak bercerita ada, gamba pun ada, tu yang entry asek cerita kahwin je.
kali ni pasal baju pula. untuk baju nikah, mula-mula nak pakai cream tau. dah beli pun kebaya songket biasa untuk cik zira dan baju melayu untuk suamiku. tapi, akhirnya bertukar sebab cik zira berkenan dengan baju kurung cotton maroon yang simple tu. cik zira beli online. lepas tu baju melayu suamiku pun cari warna maroon. yang cream tu simpan. cik zira dah pernah pakai kebaya tu sekali, suamiku je tak pakai lagi baju melayu cream dia.
untuk resepsi, cik zira memang nak pakai kaftan, tak nak yang ketat-ketat, tak nak macam pengantin lain. nak simple je. punyalah susah nak cari kaftan yang berkenan di hati. bila jumpa, terus beli dua sekali, satu MERAH satu Ungu. beli dekat satu butik dekat SACC Mall. tutup mata je bayar 2 kaftan tu sebab terover bajet, tapi takpelah.
baju untuk suamiku pun beli siap. yang MERAH tu beli dapat sekali sampin dan tengkolok dia. smartlah baju tu. beli je, malas nak sewa. yang ungu tu sebenarnya dah beli baju lain, tapi suamiku tak nak pulak, bazir je. lalu, cik zira tempah online dekat kedai yang beli baju MERAH tu jugak dan nasib sempat siap.
resepsi ungu tu warna ungu kitorang tak sama langsung. mula-mula takut jugak, tapi takpelah, asalkan ungu. pakai jelah. nasib baik ok je.
jom, tengok gamba ea.
NIKAH
suka dengan bulat-bulat tu
RESEPSI MERAH
tengok perincian penuh dekat bahagian depan kaftan
RESEPSI UNGU
baju suamiku ada sulam
kira pasal baju memang beli siap je, takde tempah-tempah. sewa pun cik zira tak suka. suka beli sendiri walaupun bajet terpaksa lebihlah. tapi, puas hati. boleh simpan buat kenangan dan pakai lagi. pendek kata, memang semua beli dah siap lah. baik dari tudung, veil, kasut sampailah ke baju.
rasanya dah habis bercerita pasal kahwin. katering, goodie bag pun cik zira dah pernah cerita sebelum ni. nak tahu, klik je dekat label harikahwinku ye.
p/s hari ni kena kerja macam biasa
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 5 september 2012 10.30 a.m.
Friday, September 7, 2012
make up.
untuk 3 majlis cik zira, awal-awal lagi cik zira dah minta tolong kak june, kakak sepupu cik zira iaitu isteri kepada abang ai yang memang seorang mak andam sambilan untuk make upkan cik zira. kak june tolong ikhlas je, kira macam sponsor make up lah jugak selain sponsor yang lain dengan abang ai.
cik zira suka sangat kak june make up sebab cik zira cakap dengan kak june cik zira tak suka make up tebal. nak yang biasa sahaja. cik zira suka hasilnya. make up pun takdelah lama sangat. dan ini pertama kali tau cik zira pakai bulu mata palsu. dalam sejarah. hehe. dan yang paling penting kening tidak dicukur.
jadi, cik zira tepek gamba yang ada untuk tunjukkan hasil kak june make up kan cik zira. cuma masa resepsi MERAH tu cik zira nampak lain sangat, nampak lebih berusia. paling suka make up masa resepsi ungu. suka sangat!
NIKAH
RESEPSI MERAH
RESEPSI UNGU
terima kasih tak terhingga kepada kak june
sebab sudi make up kan cik zira dan banyak
membantu sepanjang majlis bahagia cik zira.
jasa mu akan cik zira kenang sampai bila-bila.
dan di sebelah ni family bahagia abang ai, kak june
dan aiman masa syawal hari tu. abang ai dengan
kak june ni dah banyak tolong cik zira. banyak sangat jasa. hanya Allah yang dapat membalasnya.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 4 september 2012 10.28 a.m.
Thursday, September 6, 2012
kasut
kasut kahwin cik zira dua pasang je. satu MERAH dan satu lagi ungu. jenis yang sama cuma design lain. simple sahaja. beli dah siap jugak. malas nak fikir-fikir cari yang glemer-glemer, cari yang biasa sahaja. masa nikah dalam rumah je, memang tak berkasut, jadi 2 pasang sahajalah.
yang ini untuk resepsi MERAH. simple je kan. warna MERAH dan ada hitam sedikit.
yang ini cik zira punya dan suamiku untuk resepsi ungu. masa nikah ngan resepsi MERAH pun suamiku pakai kasut yang sama. dia beli sendiri dekat penang masa beberapa bulan nak kahwin. tapi, maaflah takde gambar full kasut purple tu lah. tapi cantik sikit dari yang MERAH sebab design dia ada tali sikit di bahagian depan.
tak silap harga kasut tu dalam RM 65 - RM 70 macam tu lah. sekali tu jelah pakai. sampai sekarang masih dalam kotak. elok lagi.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 4 september 2012 9.55 a.m.
Tuesday, September 4, 2012
veil pujaan hati
buat bakal pengantin, cik zira pasti veil merupakan salah satu perkara terpenting di hari bahagia untuk memastikan penampilan diri nampak lebih ayu dan menyerlah.
ada yang memilih tudung simple tetapi veil yang glamor, ada yang veilnya simple sebab tudung dah sarat dengan corak dan manik. ada juga yang nak 2-2 sekali meriah. itu terpulang.
macam cik zira, tudung yang cik zira pakai untuk nikah, resepsi MERAH dan resepsi ungu, semuanya beli dekat Jalan TAR je. harga RM10 untuk selendang dan RM 5 untuk anak tudung. tapi tudung syria masa resepsi ungu, beli online.
cik zira mencari veil yang dapat menutup tudung yang simple sangat cik zira tu. Alhamdulillah cari punya cari bertemu jua dan rembat sekali 3 untuk 3 majlis tu.
mari tengok gamba ye. tapi maaflah takde gambar yang betul fokus pada kecantikan veil-veil tersebut. jadi, cik zira tepek mana yang nampak.
MAJLIS NIKAH
veil maroon dan perincian hitam. labuh lepas punggung dan besar.
RESEPSI MERAH
kalau dah MERAH, tak boleh campur warna lain.
yang ini pendek sampai paras atas pinggang je.
tapi, cubalah tengok perincian dia, jatuh cinta kan kan?
RESEPSI UNGU
yang ini warna silver campur purple. nampak sweet je.
labuh pun paras pinggang
cik zira suka sebab kualiti kain, coraknya dan veil ni lain dari veil yang biasa. penuh perincian di bahagian atas kepala dan di sekeliling veil. malah dekat kain veil tu memang penuh lah dengan manik. tu yang membuatkan cik zira jatuh cinta dan memang nak simpan veil ni, mana tahu lepas ni turun dekat sape-sape pulak kan. boleh kasi pinjam.
maaflah, dah berbulan-bulan, orang tengah mood raya lagi, cik zira duk cerita kisah basi plak. tapi takpe, mana tahu memberi inspirasi buat bakal pengantin yang membaca. cik zira ni bukanlah sampai yang nak tempah design khas dari designer macam orang lain. cari dan beli sahaja mana yang berkenan di mata. baik vei, baik baju dan kasut pun. semuanya beli dah siap, senang.
gambar kahwin semua baru buka dari CD dan baru letak dalam laptop. jadi, nanti pelan-pelan cik zira cerita lagi ye. pasal baju ke, pasal kasut ke pulak ea.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 31 ogos 2012 1.40 p.m.
Friday, June 22, 2012
corak bulat-bulat hitam.
kan cik zira dah bagi tahu baju raya cik zira tahun ni cik zira pakai baju masa nikah je disember lepas. cik zira suka baju tu sebab sangat simple. tengok, pakai baju nikah pun simple-simple je. hehe. terus boleh jadikan baju raya tahun ni.
cik zira suka sebab corak dia bulat-bulat dan warna hitam sangat kontra dan cantik bila lawan dengan warna maroon tu.
tapi, tahun ni rasanya macam tak cukup soranglah. chenta hati 2 mungkin tak dapat cuti dan kena naik kapal. sedih betul. baru nak set baju raya sama-sama macam setiap tahun. tapi bila chenta hati 2 kata macam tu, terus jadi tak best. tapi tetap berdoa semoga ada rezekilah dia dapat cuti dan beraya dengan kitorang semua dekat rumah atok ni. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 22 jun 2012 10.08 a.m.
Labels:
..:: family ::..,
..::raya::..,
harikahwinku
Monday, May 7, 2012
keluarga besar.
adik-beradik cik zira 4 orang sahaja. tidaklah besar mana. dan hanya cik zira sahaja yang baru bekeluarga. yang adik-adik lagi 3 masih muda remaja lagi.
TAPI, suamiku mempunyai adik-beradik yang ramai. 11 orang semuanya namun 2 sudah meninggal dunia. tinggal 9 beradik yang masih ramai lagi jumlahnya. suamiku anak ketujuh. lelaki terakhir. yang lain, atas-atas tu semua dah berkahwin dan ada anak. kahwin-kahwin je terus dapat 13 anak sedara. meriah kan.
gambar kat atas ni masa majlis disember tahun lepas di Penang. tema ungu dan semua pun pakai warna tema. tak semua ada tu. tak silap 6 orang tiada dalam gambar. yang lain semua ada.
keluarga besar kan. bila sekali dah berkumpul, riuh dan meriah satu rumah,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 mei 2012 10.54 p.m.
mereka yang bernama SAHABAT.
tidak sah kan kalau di hari indah dan bahagia, kawan-kawan tiada bersama? mesti walau macam mana pun ada kawan-kawan zaman sekolah, zaman belajar dan zaman bekerja dijemput dan sama-sama datang memeriahkan majlis yang diraikan.
macam majlis disember cik zira hujung tahun lepas, Alhamdulillah. ramai kawan-kawan masa belajar 6 tahun bersama datang dari jauh. rakan guru SK Taman Cendana pun turut hadir. cik zira sangat gembira.
kesayangan-kesayangan bersama 6 tahun
rakan-rakan suamiku dari kecik pun ramai datang berkonvoi dari Penang bagi memberi sokongan kepada suamiku itu. bukan main dia bawa geng-geng kampung dia,,, ;)
rakan-rakan aka bodyguard suamiku dari Penang
bila ramai kawan ni seronok tau. yelah, bak kata pepatah, "berkawan biar beribu."
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 mei 2012 10.15 p.m.
Saturday, April 21, 2012
dah dapat album kahwin.
dah terima parcel daripada hafizudin hamdan pada khamis lepas. balik sekolah tengok ada bungkusan atas meja. ingatkan apa, rupanya album + CD + frame gambar kahwin.
sangat suka. nak simpan elok-elok.
terima kasih kepada hafizudin hamdan yang telah merakamkan hari bahagia cik zira dan suamiku. terima kasih ye encik hafiz.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 19 april 2012 10.45 p.m.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































