28 november. Cik zira bertemu berjumpa berkumpul dengan kawan kawan semaktab dulu. Cik zira, mye, salwa, intan, izzati dan ja. Berkumpul dekat rumah homestay kitorang book. Best homestay ni puas hati nanti cik zira review k.
Lama sangat tak jumpa. Bila jumpa masing masing dah dengan anak. Khalisah la kak long skali. Ramai seangkatan dengan khalisah lahir tahun 2013 tapi sebab khalisah lahir januari dia jadi kak long.
Seronok. Borak borak. Makan makan. Sebelum berpisah tiga femly gi sarapan dekat astaka tun sardon.
Happy. Tu je nak cakap. 6 tahun blaja sama sama. Bertahun tak jumpa. Sekali jumpa sume dah jadi mak mak. Jumpakan anak anak. Mana tak happy kan.
In Sha Allah ada rezeki leh jumpa lagi bagi ramai lagi. Anak anak pun makin ramai. Mesti best.
SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Showing posts with label ..:: T.E.M.A.N ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: T.E.M.A.N ::... Show all posts
Tuesday, December 15, 2015
Thursday, February 7, 2013
terima kasih, aunty bie!
cik zira dan mek bie, menjadi rakan sebilik di tahun terakhir masa balik semula maktab setelah 2 tahun di UUM. mek bie bila tahu je cik zira dah dapat khalisah masa dia baca blog, terus dia sms cik zira. cik zira pun mms kan gambar khalisah. geram dia cakap.
dan dalam diam, mek bie belikan khalisah hadiah. dah selamat sampai pun hadiahnya. aunty bie belikan khalisah rompers rupanya. ibu khalisah suka sebab ada satu romper tu belang MERAH putih. ha, yang tu mesti mek bie considerkan sebab tahu ibu khalisah pencinta MERAH tegar. hehe
tapi, khalisah tak muat nak pakai lagi. tunggu khalisah besar sikit ye aunty bie. nanti khalisah pakai. terima kasih ye aunty bie. Insya Allah ada umur, sampailah khalisah ke kelantan jumpa aunty bie ye.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 januari 2013 1.16 p.m.
Sunday, February 3, 2013
Selamat Pengantin Baru, Amalina
masa belajar kat maktab dan UUM selama 6 tahun dulu, kawan rapat cik zira ialah fiqa, syira dan amalina. kitorang selalu keluar jalan-jalan, makan-makan bersama dengan mat arep. dan antara 4 orang tu, jodoh cik zira sampai dulu. cik zira juga yang dapat baby dulu. dalam pada berkeras dulu tak nak kawen. hati bolehlah cakap kan. Allah dah tentukan segalanya.

lepas cik zira kahwin, fiqa menyusul disember lepas. dapat orang muar. hensem suami fiqa. kemudian baru-baru ni tanggal 26 januari, amalina pula mengikut jejak mengakhiri zaman bujang. dua-dua majlis cik zira tak dapat pergi. masa fiqa cik zira dah sarat. tak larat dah nak jalan jauh. masa amalina plak ngah berpantang. huhu.
tapi, sms tetap cik zira hantarkan tanda ingatan dan kasih sayang. amalina dapat orang kedah. amalina ada send mms gambarnya dengan suami. sepadan. muka seiras. cik zira doakan berkekalan selama-lamanya.
tinggal syira sahaja masih membujang. tapi cik zira rasa pun tak lama je lagi tu. harap-harap masa syira kalau ada kesempatan dapat pergi, bolehlah meriahkan majlis dengan khalisah sekali. mana tahu dapat jumpa yang lain-lain. rindu sangat dekat semua.
bukan dengan fiqa, syira dan amalina je. dengan teman baik lain macam bie, salwa, mye, kak wani, izzati dan semualah yang cik zira rapat. pendek kata, sume TEYL Cohort 3 cik zira rindu bangat! banyak kenangan tu 6 tahun sama-sama.
rasanya dah ramai sangat kahwin dan dah ramai juga ada baby. kalau cik zira ada facebook bolehlah jenguk kat sana. ni sampai sudah tak berfb. macam mana nak tahu update kawan-kawan kan. sms jelah tanya-tanya.
oklah, makin panjang makin bertambah rindu. baik berhenti dulu untuk entry hari ahad ni. kepada Amalina dan suami, TAHNIAH cik zira ucapkan. jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi dan saling melengkapi antara satu sama lain ye.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 januari 2013 12.40 p.m.
Tuesday, June 5, 2012
menjelang ijab kabul.
cik zira dan rakan-rakan rombongan, sarah, izzati dengan bie yang duduk di homestay pengantin sediakan, sampai di rumah pengantin dalam pukul 9.15 malam. menunggu tok imam datang dan pengantin lelaki tiba. kitorang pun berborak dengan salwa yang rasanya tidak berdebar sangat pun sama macam cik zira dulu-dulu,, hehe
majlis ijab kabul berlangsung pukul 10 lebih malam kalau cik zira tak silap. pengantin lelaki buat lawak lafaz akad nikah jawab pendek je, semua ketawa tapi tetap sah.
alhamdulillah, hubungan dari lepas SPM, 9 tahun barulah disatukan sekarang. dah pun jadi suami isteri.
Tahniah SALWA & PIJIE. semoga berkekalan selamanya. jadi isteri yang solehah ye salwa.
itu yang lepas nikah, lepas potong kek, kitorang pun terus zap ke Kuala Perlis.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 4 jun 2012 9.53 p.m.
Monday, May 7, 2012
mereka yang bernama SAHABAT.
tidak sah kan kalau di hari indah dan bahagia, kawan-kawan tiada bersama? mesti walau macam mana pun ada kawan-kawan zaman sekolah, zaman belajar dan zaman bekerja dijemput dan sama-sama datang memeriahkan majlis yang diraikan.
macam majlis disember cik zira hujung tahun lepas, Alhamdulillah. ramai kawan-kawan masa belajar 6 tahun bersama datang dari jauh. rakan guru SK Taman Cendana pun turut hadir. cik zira sangat gembira.
kesayangan-kesayangan bersama 6 tahun
rakan-rakan suamiku dari kecik pun ramai datang berkonvoi dari Penang bagi memberi sokongan kepada suamiku itu. bukan main dia bawa geng-geng kampung dia,,, ;)
rakan-rakan aka bodyguard suamiku dari Penang
bila ramai kawan ni seronok tau. yelah, bak kata pepatah, "berkawan biar beribu."
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 mei 2012 10.15 p.m.
Wednesday, October 26, 2011
rindu kat kawan-kawan baik semua
Ya Allah, betul bila cik zira tengok gamba-gamba lama masa tengah belajar dulu, rindu sangat dekat kawan-kawan baik cik zira yang selalu cik zira lepak sama dengan dorang.
cik zira, fiqa gonde, basyirah & amalina.
wah, cik zira pakai tudung bawal lah you!
mye, cik zira, mek bie & salwa,,, =)
kawan-kawan, silalah datang majlis cik zira disember nanti sebab memang sangat rindu dengan korang. rindu sangat tau! datang nanti leh amek gamba banyak-banyak sama-sama,,, =)
entry khas ni ditujukan buat mek bie, mye, salwa, amalina, basyirah dan fiqa gonde. miss u all so much.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.31 a.m.
Sunday, October 16, 2011
perempuan pun sama jugak lah
selalunya kan, cik zira selalu tengok lelaki ni kalau dah jumpa walaupun baru pertama kali kenal senang je nak mesra, terus macam dah lama kenal walaupun sebelum ni tak pernah jumpa langsung pun. lepas tu, bila tengok perempuan tidak macam tu kebanyakkannya, terus rasa macam oh, mesti perempuan dia amek masa nak mesra dengan orang yang baru kenal sebab perempuan ni jenis kalau nak rapat dia akan rapat betul-betul. betul tak? ini apa yang cik zira rasa.
cik zira dan cik nurul,,, =)
tapi, rupanya salah apa yang cik zira anggap selama ni. rupanya perempuan pun sama jugaklah! cepat je mesra dengan orang yang baru kenal jugak. macam cik zira pertama kali jumpa nurul kat atas tu, masa bff kahwin, tapi terus baik macam dah lama kenal pulak. padahal pertama kali jumpa tu. lagipun nurul pun jenis yang memang peramah dan cik zira apa lagi lah kan, memang kali kedua jumpa tu orang dah kata macam kawan lama,,, kan nurul?,,, ;)
jadi, baik lelaki mahu perempuan sebenarnya sama je kan dalam berkawan. mungkin bagi perempuan kawan baik sikit je sebab memang akan rapat dan kawan-kawan biasa ramai dan lelaki ni jenis kawan baik dia ramai-ramai. tapi terpulang pada individu kan. lain orang, lain kawan-kawannya. tapi yang penting, biar ramai kawan, banyak baiknya. percayalah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 15 oktober 2011 8.11 p.m.
Thursday, October 6, 2011
bila dah berkumpul dan bergambar
cik zira masuk SIGS masa tingkatan 4, itu pun dah pertengahan tahun. ramai yang cik zira kenal tapi yang rapat tak ramai dan yang paling baik dan rapat itulah BFF cik zira yang dah bergelar puan baru-baru ni tu.
tapi, bila dah besar-besar ni, dah dewasa kononnya, setiap tahun adalah beberapa kali jumpa teman-teman sigs terutama masa raya atau pun ada sapa-sapa kahwin. dan macam masa bff kahwin hari tuh, ramai jugak cik zira jumpa kawan sigs tapi ada yang tak perasan cik zira. ramai sebenarnya teman sigs yang dah kahwin, dah ada anak 2-3. sweet jek semuanya.
teman pasti jumpa macam liyana, hanum, iman dengan khadijah pun datang. memang tunggu nak bergambar bersama. lepas bff cik zira, lepas cik zira, liyana, lepas liyana siapa ye korang? ha, cepat-cepat ikut jejak langkah tau. fadzilah dah dapat baby girl dah pun,,, ;)
bila dah bergambar memang seronok lah. lagi-lagi pengantin pun sporting gelak sama. itu yang buat lagi best!
teman-teman sigs, nanti kad dah siap, cik zira bagi tau, jemput datang. sama jugak member-member maktab, korang kena datang tau. hazirah MERAH punya majlis penting ni. leh gambar ramai-ramai. tak sabar!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 5 oktober 2011 9.17 p.m.
Labels:
..:: T.E.M.A.N ::..,
..:: wedding ::..,
~BFF~
Thursday, September 15, 2011
makan-makan di Seoul Garden
makan tengah hari semalam seawal pukul 11 lebih sampailah pukul 1 lebih. mula-mula merayap dulu dekat KSL tu, masuk EXPO dia, lepas tu jalan sikit-sikit jek sebab akak-akak tu dah lapo. ajak dorang makan kat Seoul Garden dan akak berdua tu pun on je, terus lah pergi. sampai tuh tak buka lagi padahal dah pukul 11.30 dah waktu dia buka untuk makan tengah hari. kak liza yang mulut berani tu suruh dorang bukak jugak,, lawak betul lah!
harga makan kat sini?
kitorang makan untuk makan tengah hari, dewasa harga RM 26, minuman RM 4 tambah service charge dengan government tax RM 5, kira makan sorang RM 35 lah. saja bagi tahu, mana tahu ada yang belum pernah makan kat sini, boleh lah tahu harga kan,,, =)
makan kat Seoul Garden ni buffet, jadi nak makan sebanyak mana pun boleh dan memang kena lapar betul-betul dan perut kena besarkan sebab makanan sangat banyak. boleh rebus dan boleh bakar-bakar. amek je dan semua buat sendiri.
ada makanan yang dah siap macam nasi putih pun ada, nasi goreng, ayam goreng, semua sedaplah. memang terbaik!!
kak liza dengan kak kiah awal-awal memang laju jek, sampai satu tahap dorang pun dah penat, berhenti duduk tengok orang lain makan. cik zira selagi tak kenyang, makan je jugak, bazir yang tak habis tu. mana yang cik zira amek memang cik zira habiskan. tapi itulah, patut boleh makan banyak lagi tu tapi kesian kak liza dengan kak kiah sebelum pukul 2 dah nak balik pasir gudang.
peneman makan tengah hari semalam, kiri kak liza, kanan kak kiah,,, =)
banyak lagi sebenarnya tak sempat makan, tapi oklah. ajar kak liza dengan kak kiah makan, mana tahu lepas ni dorang teringin nak makan lagi ke, dorang dah tahu dah nak makan kat situ.
cik zira kalau makan buffet ni, samalah macam makan steamboat dekat taman gaya tu ke, kat seoul garden ni ke, bayar berapa hengget, memang cik zira akan cuba makan harga yang kita bayar tu. yelah, sayang kan, dah bayar, tapi makan setakat 5-6 ringgit je, bazir kan. sebab tu lah kalau makan jenis buffet ni, kita kena makan pelan-pelan, amek sikit dulu, baru lepas tu tambah lagi. kalau makan jenis semua nak amek, tu yang bazir nanti. lagi satu, nak makan buffet ni, memang kena rileks je, lepak sampai 2-3 jam pun takpe, asalkan dapat makan semua,,, hehe
lepas makan ice cream ingat dah last, cik zira boleh makan lagi,
terkejut kak liza dengan kak kiah,,, ;)
lenkali boleh makan lagi kat sini, oh, jumpa encik buah hati nanti boleh ajak encik buah hati makan kat seoul garden lagilah. kat gurney plaza. Insya Allah.
cik zira kan sebenarnya boleh jek nak makan lagi semalam tu, geram jek tengok makanan banyak-banyak, tapi itulah, akak berdua tu dah nak kena balik, takkan nak makan sorang-sorang, tak bestlah. dorang sampai terkejut tengok cik zira makan, dorang tak sangka cik zira ni memang kaki makan. ha, baru tahu, kalau tak, takkan lah dulu 67 kg kan kan? hehe
wah, letak besar-besar ni tau gambar dengan kak liza ni,
bukan senang,, ngeh ngeh!!
cik zira ada nampak booth jual yogurt ice cream ni macam tutti frutti dengan JCool yogurt, tapi lalu jelah, nanti nak cuba rasa yang tu pulak lah. mesti best. dah makan nanti cik zira review sedap ke tak ea.
cerita pasal makan ni memang kesukaan buat kaki makan macam cik zira. rasa macam syurga je bila pergi tempat yang banyak makanan sedap-sedap. sape yang jenis macam cik zira mesti faham,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 14 september 2011 8.15 p.m.
Labels:
..:: T.E.M.A.N ::..,
..:: tips ::..,
..::fooD::..
Friday, July 15, 2011
bangga dengan kamu anwar hadi!
tiba-tiba kan nama anwar hadi sangat fofular di malaysia malah mungkin di negara luar. bukan saja ada blog, malah ada youtube yang memang menarik dan digemari disukai ramai. siap menang 3 awards tuh baru-baru ni.
TAHNIAH anwar hadi!
cik zira sempat berjumpa anwar hadi ni masa balik tahun akhir di maktab semula. kitorang bekerjasama untuk Arabian Masquerade Night, projek bebudak teyl-tesl. anwar hadi ni kira super super junior cik zira lah kat maktab dan dia sekarang tak silap batch dorang sambung di oversea. walaupun sibuk, tetap dia aktif blog dan youtube.
cik zira bersama anwar hadi
anwar hadi masa prektis teater
masa kenal dia, jumpa dia, dah tahu pun dia ni memang sangat berbakat, speaking memang power. dan sangat berdedikasi. kira semua benda dia boleh buat. cakap english dengan dia memang dia champion tapi bila cakap melayu, konpem keluar loghat kedah dia tuh.
TAHNIAH anwar hadi. cik zira bangga dengan pencapaian kamu setakat ni dan doakan kamu akan lebih berjaya di masa akan datang. peh, dapat posting nanti femeslah sape yang dapat anwar hadi mengajar di sekolah tu nanti. anak-anak murid nanti sure happy dapat teacher berbakat besar macam anwar hadi ni.
suka tengok pencapaian orang yang kita pernah kenal kan. sama macam cik zira bangga sangat tengok anwar hadi ni. dia memang ada bakat besar! percayalah!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 13 julai 2011 10.45 p.m.
Labels:
..:: cELotEH ::..,
..:: T.E.M.A.N ::..
Subscribe to:
Posts (Atom)























