SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, September 15, 2011

makan-makan di Seoul Garden





makan tengah hari semalam seawal pukul 11 lebih sampailah pukul 1 lebih. mula-mula merayap dulu dekat KSL tu, masuk EXPO dia, lepas tu jalan sikit-sikit jek sebab akak-akak tu dah lapo. ajak dorang makan kat Seoul Garden dan akak berdua tu pun on je, terus lah pergi. sampai tuh tak buka lagi padahal dah pukul 11.30 dah waktu dia buka untuk makan tengah hari. kak liza yang mulut berani tu suruh dorang bukak jugak,, lawak betul lah!






harga makan kat sini?
kitorang makan untuk makan tengah hari, dewasa harga RM 26, minuman RM 4 tambah service charge dengan government tax RM 5, kira makan sorang RM 35 lah. saja bagi tahu, mana tahu ada yang belum pernah makan kat sini, boleh lah tahu harga kan,,, =)






makan kat Seoul Garden ni buffet, jadi nak makan sebanyak mana pun boleh dan memang kena lapar betul-betul dan perut kena besarkan sebab makanan sangat banyak. boleh rebus dan boleh bakar-bakar. amek je dan semua buat sendiri.





ada makanan yang dah siap macam nasi putih pun ada, nasi goreng, ayam goreng, semua sedaplah. memang terbaik!!






kak liza dengan kak kiah awal-awal memang laju jek, sampai satu tahap dorang pun dah penat, berhenti duduk tengok orang lain makan. cik zira selagi tak kenyang, makan je jugak, bazir yang tak habis tu. mana yang cik zira amek memang cik zira habiskan. tapi itulah, patut boleh makan banyak lagi tu tapi kesian kak liza dengan kak kiah sebelum pukul 2 dah nak balik pasir gudang.



peneman makan tengah hari semalam, kiri kak liza, kanan kak kiah,,, =)




banyak lagi sebenarnya tak sempat makan, tapi oklah. ajar kak liza dengan kak kiah makan, mana tahu lepas ni dorang teringin nak makan lagi ke, dorang dah tahu dah nak makan kat situ. 







cik zira kalau makan buffet ni, samalah macam makan steamboat dekat taman gaya tu ke, kat seoul garden ni ke, bayar berapa hengget, memang cik zira akan cuba makan harga yang kita bayar tu. yelah, sayang kan, dah bayar, tapi makan setakat 5-6 ringgit je, bazir kan. sebab tu lah kalau makan jenis buffet ni, kita kena makan pelan-pelan, amek sikit dulu, baru lepas tu tambah lagi. kalau makan jenis semua nak amek, tu yang bazir nanti. lagi satu, nak makan buffet ni, memang kena rileks je, lepak sampai 2-3 jam pun takpe, asalkan dapat makan semua,,, hehe


lepas makan ice cream ingat dah last, cik zira boleh makan lagi, 
terkejut kak liza dengan kak kiah,,, ;)




lenkali boleh makan lagi kat sini, oh, jumpa encik buah hati nanti boleh ajak encik buah hati makan kat seoul garden lagilah. kat gurney plaza. Insya Allah.






cik zira kan sebenarnya boleh jek nak makan lagi semalam tu, geram jek tengok makanan banyak-banyak, tapi itulah, akak berdua tu dah nak kena balik, takkan nak makan sorang-sorang, tak bestlah. dorang sampai terkejut tengok cik zira makan, dorang tak sangka cik zira ni memang kaki makan. ha, baru tahu, kalau tak, takkan lah dulu 67 kg kan kan? hehe



wah, letak besar-besar ni tau gambar dengan kak liza ni, 
bukan senang,, ngeh ngeh!!




cik zira ada nampak booth jual yogurt ice cream ni macam tutti frutti dengan JCool yogurt, tapi lalu jelah, nanti nak cuba rasa yang tu pulak lah. mesti best. dah makan nanti cik zira review sedap ke tak ea.






cerita pasal makan ni memang kesukaan buat kaki makan macam cik zira. rasa macam syurga je bila pergi tempat yang banyak makanan sedap-sedap. sape yang jenis macam cik zira mesti faham,,, ^___*







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 14 september 2011 8.15 p.m.

2 comments:

Mama Gee said...

sedapnyaa...dh byk baca org buat entry makan2 kat cni...
nampaknyaa nnti kena try gak ni..
tp soel garden kt kl ni ade kat mana ek? hik3

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

memang sedap Mama Gee, bayar je, then makanlah sepuasnya,,


ala, KL mesti banyak tempat ada, google je kak,, =)


selamat makan ye nanti,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails