SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, September 15, 2011

menulis di blog dan menulis di dalam diari




memang salah satu hobi cik zira ialah menulis. sejak kecik lagi dah suka sangat menulis. ada masa lapang jek mesti nak menulis. tulis diari pulak sejak darjah 6 sehinggalah sekarang. bukan diari yang macam tulis-tulis memo tu tau, pendek-pendek, tapi tulisan yang panjang, 1 muka surat buku latihan sekolah tu. ha, panjang kan?






bila menulis diari ni, cik zira menulis untuk diri sendiri. seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. tulis peristiwa-peristiwa yang nanti bila dah bertahun, baca balik terkenang semula. semua diari cik zira cik zira simpan sampai sekarang. semuanya kenangan bermakna. diari adalah untuk diri sendiri dan ianya peribadi, jadi nak tulis apa pun tulislah dan pastikan simpan diari di tempat yang orang tak boleh baca sebab apa sahaja yang tertulis dalam diari adalah rahsia diri dan bukan untuk dikongsi dengan semua orang






lain pulak bila menulis untuk blog. kalau diari tulis pakai pen, kalau blog MERAH kesayangan ni, taip-taip aje, dan boleh siap tempek gamba. sekarang ni, tulis untuk blog lagi rutin buat diri cik zira berbanding menulis di dalam diari. tapi, masih tetap tulis untuk diari jika ada masa terluang. untuk blog ni, dah memang akan berupdate sentiasa sebab rasa best sangat bila berkongsi cerita dengan orang lain. dah macam sebati blog ni dengan kehidupan seharian






cik zira akui, dalam arena blog ni, tidak semua perkara boleh kita kongsikan. dan cik zira jugak perasan ada perkara yang pembaca tak suka cik zira tulis, dan cik zira kurangkan. dulu masa awal-awal, cik zira dah buat silap banyak mungkin yang membolehkan ada yang benci dan tak suka. hari demi hari kita cuba perbetulka mana yang silap kan. tapi macam biasalah, mana boleh nak puaskan hati semua orang






ada yang suka dan pasti ada juga yang tak suka. jadi, nak tak nak, menulis je macam biasa. berkongsi cerita sebab itu memang kesukaan cik zira dan blog MERAH ni pun dah sebahagian dari hidup cik zira. walaupun orang tak pernah jumpa cik zira, orang boleh nilai mengikut persepsi masing-masing melalui penulisan cik zira. di alam maya ni pun cik zira dah dapat ramai kawan. seronok sangat.






yang kenal cik zira, korang tahu siapa cik zira kan. dan apa yang cik zira tulis untuk blog ni adalah diri cik zira sebenar dan kebanyakkannya berkisar tentang cik zira sendiri. 






cik zira menulis mengikut kata hati, pesan pada diri, tulis sahaja, yang suka nak baca, silakan baca, yang tak suka tu, maaf dipinta dan tak perlu baca kalau dalam hati menyumpah seranah dan sebagainya. cik zira bukan nak cari pasal dengan sape-sape, cik zira cuma menulis blog kerana minat dan suka menulis. jadi terserah kepada pembaca yang dihormati sekelian. sebab itu kalau perasan, memang dah lama cik zira takde shoutbox dan anonymous pun dah tak boleh nak komen sebab cik zira menulis untuk diri cik zira berkongsi cerita dengan orang, bukan untuk lain-lain.






beza menulis dalam diari dengan menulis untuk blog memang banyak sangat. tapi dua-dua cik zira suka sebab memang cik zira minat menulis. corak penulisan pun berlainan sebab dalam diari boleh tulis apa jek dan macam mana pun, tapi untuk blog lebih tersusun dan cuba masukkan pengisian utama dan huraian sama macam menulis karangan masa sekolah,,, ;)






dengan menulis, sedikit sebanyak dapat membantu kita meluahkan sesuatu. menulis, seperti berblogging ni ternyata memberi kepuasan kepada cik zira dan cik zira pasti kepada yang lain-lain jugak. tak kisahlah entry tiada berkomen sekali pun, tapi tetap mahu teruskan menulis. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 14 september 2011 9.38 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails