selalunya kan, cik zira selalu tengok lelaki ni kalau dah jumpa walaupun baru pertama kali kenal senang je nak mesra, terus macam dah lama kenal walaupun sebelum ni tak pernah jumpa langsung pun. lepas tu, bila tengok perempuan tidak macam tu kebanyakkannya, terus rasa macam oh, mesti perempuan dia amek masa nak mesra dengan orang yang baru kenal sebab perempuan ni jenis kalau nak rapat dia akan rapat betul-betul. betul tak? ini apa yang cik zira rasa.
cik zira dan cik nurul,,, =)
tapi, rupanya salah apa yang cik zira anggap selama ni. rupanya perempuan pun sama jugaklah! cepat je mesra dengan orang yang baru kenal jugak. macam cik zira pertama kali jumpa nurul kat atas tu, masa bff kahwin, tapi terus baik macam dah lama kenal pulak. padahal pertama kali jumpa tu. lagipun nurul pun jenis yang memang peramah dan cik zira apa lagi lah kan, memang kali kedua jumpa tu orang dah kata macam kawan lama,,, kan nurul?,,, ;)
jadi, baik lelaki mahu perempuan sebenarnya sama je kan dalam berkawan. mungkin bagi perempuan kawan baik sikit je sebab memang akan rapat dan kawan-kawan biasa ramai dan lelaki ni jenis kawan baik dia ramai-ramai. tapi terpulang pada individu kan. lain orang, lain kawan-kawannya. tapi yang penting, biar ramai kawan, banyak baiknya. percayalah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 15 oktober 2011 8.11 p.m.
No comments:
Post a Comment