SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 16, 2011

hari ini, 16 oktober 2011





awal pagi tadi cik zira dah gerak ke sekolahku sayang, SK Taman Cendana. hari ini sekolah cik zira ada Sukan Tahunan Sekolah dan Hari karnival Usahawan. jadi, sekolah sekarang sangatlah ramai orang berduyun-duyun. yang nak tengok sukan pun iye, yang nak membeli belah pun iye jugak. seronok sangat sebab sangat meriah.






t shirt kali ni memang kesukaan cik zira sebab apa, sebab t shirt warna putih dan MERAH. sungguh jelita bila ada MERAH dan bagaikan tahu-tahu jek tema cik zira disember nanti MERAH-putih. uh, sungguh suka hati,,, ;), semangat betul bila pakai tshirt baru yang ada warna MERAH dan digandingkan pula dengan tudung MERAH menyala. dah nama semangat rumah MERAH dibawa oleh si pencinta MERAH, memang makin berkobar-kobar lah kan,, hehe






kalau tahun lepas cik zira ditugaskan menjaga jualan kupon, tahun ini cik zira bertugas menjadi pengacara majlis untuk hari sukan. maka, selain menjadi pengacara majlis, secara tidak langsunglah cik zira bakal memberi sorakan hebat kepada anak-anak rumah MERAH supaya mereka bersemangat dan teruskan perjuangan. eceh, eh, jangan main-main tau, cik zira ni memang kaki sorak. satu padang tu nanti dengar suara si MERAH ni jek tau,,, ^__*






dan kalau sempat, cik zira akan pastikan cik zira akan menjengah rakan guru lain yang sibuk berjualan di bahagian karnival, tetap mahu berikan sokongan padu. iyelah, dah bila ada dua acara sekali dalam satu hari, guru-guru pun terbahagi kepada 2 kumpulan, mahu tak mahu memang kena curi masalah nak jenguk-jenguk yang sukan ke karnival, yang karnival ke sukan, itu pun kalau ada masa.






di kesempatan ini juga, cik zira ingin mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru kepada rakan SIGS cik zira iaitu Puan Rahayudeanaini kerana sudah bergelar isteri kepada suami tercinta Mohd Fadhli dan hari ini merupakan majlis mereka di Tg Puteri Resort. ayu dah jemput cik zira awal-awal dah, siap kad pun dah dapat, cuma cik zira tak berkesempatan nak ke majlis ayu disebabkan acara di sekolah hari ni. maaf ye ayu. maaf sangat tak dapat datang majlis ayu. tapi dah sms kan kan. semoga berkekalan selamanya k ayu. majlis kita disember nanti kita jemput pulak tau,,, =)






oh, hari ni hari penat cik zira. nasib esok cuti. boleh rehat pulak. k semua. selamat hari ahad untuk semua. tata titi tutu,,,






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 15 oktober 2011 8.04 p.m.

1 comment:

DeAnAiNi said...

tq ziera!!! eyh ziera ade fb?xpn nnt ziera remind ayu lg date ziera ok... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails