SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 4, 2012

veil pujaan hati



buat bakal pengantin, cik zira pasti veil merupakan salah satu perkara terpenting di hari bahagia untuk memastikan penampilan diri nampak lebih ayu dan menyerlah.


ada yang memilih tudung simple tetapi veil yang glamor, ada yang veilnya simple sebab tudung dah sarat dengan corak dan manik. ada juga yang nak 2-2 sekali meriah. itu terpulang.


macam cik zira, tudung yang cik zira pakai untuk nikah, resepsi MERAH dan resepsi ungu, semuanya beli dekat Jalan TAR je. harga RM10 untuk selendang dan RM 5 untuk anak tudung. tapi tudung syria masa resepsi ungu, beli online.


cik zira mencari veil yang dapat menutup tudung yang simple sangat cik zira tu. Alhamdulillah cari punya cari bertemu jua dan rembat sekali 3 untuk 3 majlis tu. 


mari tengok gamba ye. tapi maaflah takde gambar yang betul fokus pada kecantikan veil-veil tersebut. jadi, cik zira tepek mana yang nampak.


MAJLIS NIKAH
veil maroon dan perincian hitam. labuh lepas punggung dan besar.






RESEPSI MERAH
kalau dah MERAH, tak boleh campur warna lain.
yang ini pendek sampai paras atas pinggang je.
tapi, cubalah tengok perincian dia, jatuh cinta kan kan?






RESEPSI UNGU
yang ini warna silver campur purple. nampak sweet je. 
labuh pun paras pinggang








cik zira suka sebab kualiti kain, coraknya dan veil ni lain dari veil yang biasa. penuh perincian di bahagian atas kepala dan di sekeliling veil. malah dekat kain veil tu memang penuh lah dengan manik. tu yang membuatkan cik zira jatuh cinta dan memang nak simpan veil ni, mana tahu lepas ni turun dekat sape-sape pulak kan. boleh kasi pinjam.


maaflah, dah berbulan-bulan, orang tengah mood raya lagi, cik zira duk cerita kisah basi plak. tapi takpe, mana tahu memberi inspirasi buat bakal pengantin yang membaca. cik zira ni bukanlah sampai yang nak tempah design khas dari designer macam orang lain. cari dan beli sahaja mana yang berkenan di mata. baik vei, baik baju dan kasut pun. semuanya beli dah siap, senang.


gambar kahwin semua baru buka dari CD dan baru letak dalam laptop. jadi, nanti pelan-pelan cik zira cerita lagi ye. pasal baju ke, pasal kasut ke pulak ea.






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 31 ogos 2012 1.40 p.m.

7 comments:

wirdati said...

Salam... akak, nak sewakan x veil purple tu? (^_^)

cik chinta said...

cntik (:

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...


wirdati :

kamu nak sewa ke? bila majlis? boleh je

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...



cik chinta :



simple je tapi,, (:

rose roslan said...

Nk sewa jgak veil purple tu...mjlis bln 11..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

boleh je. sms kt k. 012-7962386. mesti cantik awk pakai.

Faa Izmir cj said...

slm akak , veil yg maaron hitam tu ada lagi tak,
lawanyaaaa..

boleh sewa tak? hihi.
kalau sewa akak amek berapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails