SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 8, 2012

baju



maaflah sebab bercerita pasal kahwin yang dah lama berlalu. mood nak bercerita ada, gamba pun ada, tu yang entry asek cerita kahwin je.


kali ni pasal baju pula. untuk baju nikah, mula-mula nak pakai cream tau. dah beli pun kebaya songket biasa untuk cik zira dan baju melayu untuk suamiku. tapi, akhirnya bertukar sebab cik zira berkenan dengan baju kurung cotton maroon yang simple tu. cik zira beli online. lepas tu baju melayu suamiku pun cari warna maroon. yang cream tu simpan. cik zira dah pernah pakai kebaya tu sekali, suamiku je tak pakai lagi baju melayu cream dia.



untuk resepsi, cik zira memang nak pakai kaftan, tak nak yang ketat-ketat, tak nak macam pengantin lain. nak simple je. punyalah susah nak cari kaftan yang berkenan di hati. bila jumpa, terus beli dua sekali, satu MERAH satu Ungu. beli dekat satu butik dekat SACC Mall. tutup mata je bayar 2 kaftan tu sebab terover bajet, tapi takpelah.  



baju untuk suamiku pun beli siap. yang MERAH tu beli dapat sekali sampin dan tengkolok dia. smartlah baju tu. beli je, malas nak sewa. yang ungu tu sebenarnya dah beli baju lain, tapi suamiku tak nak pulak, bazir je. lalu, cik zira tempah online dekat kedai yang beli baju MERAH tu jugak dan nasib sempat siap. 


resepsi ungu tu warna ungu kitorang tak sama langsung. mula-mula takut jugak, tapi takpelah, asalkan ungu. pakai jelah. nasib baik ok je.


jom, tengok gamba ea.


NIKAH


 suka dengan bulat-bulat tu




RESEPSI MERAH


 tengok perincian penuh dekat bahagian depan kaftan



RESEPSI UNGU


baju suamiku ada sulam




kira pasal baju memang beli siap je, takde tempah-tempah. sewa pun cik zira tak suka. suka beli sendiri walaupun bajet terpaksa lebihlah. tapi, puas hati. boleh simpan buat kenangan dan pakai lagi. pendek kata, memang semua beli dah siap lah. baik dari tudung, veil, kasut sampailah ke baju.


rasanya dah habis bercerita pasal kahwin. katering, goodie bag pun cik zira dah pernah cerita sebelum ni. nak tahu, klik je dekat label harikahwinku ye.



p/s hari ni kena kerja macam biasa





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 5 september 2012 10.30 a.m.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails