SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, January 6, 2012

cuti-cuti Penang : kisah 1





untuk majlis belah lelaki pada 18 disember lepas, seramai 13 orang sedara cik zira dari JB naik bas datang ke penang. mereka ini cik zira tempatkan di RECSAM International House di mana bersebelahan je dengan dewan RECSAM tempat majlis berlangsung. terima kasih kepada mami dan suamiku yang menempahkan bilik-bilik ni awal-awal lagi. dan alhamdulillah, semua selesa sepanjang berada di penang tu.






selain 13 orang yang naik bas. abang ai, kak june 1 keluarga naik van dari JB jugak. keluarga cik asyed dan keluarga bik habsah dari KL. kiranya dalam 6-7 keluarga lah jugak temankan cik zira wakil keluarga masa majlis 18 disember tu. abah, mama dengan ina tak dapat datang sebab masalah kesihatan mama. jadi, wakilkan tok cik salleh dan yang lain-lain. chenta hati 1 jek yang datang wakil keluarga cik zira. hanya kami berdua,,, huhu






sepanjang dekat bilik tu, budak-budak ni, sekali dengan mak budak bapak budak bukan main lagi asyik keje nak pergi mandi swimming pool jek. itulah rutin dekat situ.






sarapan pulak memang boleh dikatakan sepanjang 3 hari kat penang sarapan dekat astaka taman tun sardon jelah. senang. macam-macam ada. makan jelah nak makan apa pun. hari pertama sampai tengah hari dah makan dekat Nasi Kandar Line Clear. bawa dorang merasa sebab selalu tengok dalam tv je kan.






malam sebelum ada yang pulang pada ahad malam tu, suamiku membawa mereka makan malam di padang brown tak silap namanya yang ada coconut shake yang sangat sedap itu. bukan main suka anak-anak tokcik dapat merasa coconut shake tu. memang sedap. dorang pun dapat makan pasembur, makanan penang tu.






oh, berbalik kepada RECSAM International House tu tadi. memang biliknya selesa dan harga amat berpatutan. cik zira amek 9 bilik dan sempat merasa duduk sebilik dengan buah hati dekat junior suite. semua pun selesa dengan bilik masing-masing. ni bilik-bilik yang cik zira amek. air cond, bilik air semua ada. memang selesa,,, =)



VIP suite

junior suite

deluxe

superior




ha, nanti sambung cerita bawa sedara jalan-jalan penang lagi ye. terima kasih suamiku yang membawa kami berjalan-jalan penang!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 5 januari 2012 10.00 p.m.

2 comments:

Zaliedana said...

assalam zira,kak ct pon suka kalo bf kat tamn tun sardon,tapi hb xsuka sbb ssh nk cari parking,hihi..Mknan mmg best2..Wah raya cina nih leh la jumpa chenta hati lama cikit kan..Moga cpt brtiga lak eks..

hazirah abdul rahman said...

Waalaikumsalam kak ct.
haah kan, kira kat situ memang senang nak sarapan. macam-macam ada. tapi itulah, masalah nak park kereta.




buah hati lah kak ct. chenta hati tu adik-adik,, hehe



dapatlah lama sikit. bertiga ea? kena tunggu duk dekat-dekatlah kak. doakan kt dapat tukar penang ye,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails