SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 7, 2012

cuti-cuti Penang : kisah 2





hari isnin, 19 disember tu, hari terakhir sedara cik zira berada di Penang. maka, dari pagi sampailah ke malam kerjanya berjalan dan makan-makan.







pagi tu kitorang pergi naik bukit bendera. walaupun hari isnin, tapi disebabkan cuti sekolah, punyalah ramai orang. beratur panjang. lagipun bukit bendera kan kira macam baru dibuka semula lepas renovation. jadi, menjadi tarikan semula lah bila datang Penang tu.






cik zira dan suamiku, bawa keluarga tokcik salleh, keluarga cik paris dan keluarga abang ai dan kak june. seronok sangat!!






seingat cik zira, dulu sekali je kot masa kecik naik bukit bendera. bercuti dengan abah dan arwah mak. masa kecik sangat. tapi, naik lagi sekali lepas dah bergelar isteri. punyalah lama tempoh masa,,, hehe






si aiman danish, awal-awal macam moody, tapi bila dah dapat naik bukit, dah sampai atas, terus bersemangat jadikan padang bola je. dia memang ball boy. mana pergi mesti kena ada bola. aiman-aiman.






dalam train suka tengok pemandangan luar. cantik. ciptaan Allah yang Esa. sampai atas tu takde apa sangat. cuma dapat tengok pemandangan Pulau Pinang. semuanya kecik sangat dari atas.






makan jajan orang india. sedap jugak. dengan sejuk sikit kat atas tu kan, makanan panas, sedap aje masuk mulut. jalan-jalan dekat atas tu, tak lama sangat lepas tu terus turun untuk makan tengah hari pula.






sedara cik zira banyak beli cenderahati untuk dibawa balik. dekat bukit bendera tu pun sempat membeli-belah jugak.






cik zira tak beli apa pun. jalan-jalan dengan suamiku dan kaum keluarga. perasaan yang sangat best tak terkatalah!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 6 januari 2012 11.26 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails