SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 8, 2012

enam dan tujuh haribulan satu 2012.





Jumaat, 6 Januari 2012






  • pagi tu hantar chenta hati 1 di terminal larkin, dia nak balik shah alam. sekejap je chenta hati 1 balik uma atok. takpelah, dapat lepaskan rindu jugak. sekali bik ani beli barang dekat pasar larkin.
  • balik rumah masa yang ada siapkan kerja sekolah dan sempat update blog sekejap
  • kemudian kemaskan baju-baju asingkan mana yang nak hantar ke Penang. maklumlah, dah ada dua rumah untuk menginap. 1 di JB rumah atok, dan 1 di Penang, menumpang rumah mertua dahulu.
  • bersiap ke sekolah dan keluar dari rumah pukul 1 tengah hari. sampai sekolah, zohor di sekolah. lepas zohor makan dulu sebab lapar sangat. bawa bekal nasi lemak + ikan goreng + sambal udang + telur dadar + timun.
  • kelas 2 sahaja untuk hari jumaat. 2A dan 2H. masa yang ada diisi dengan menanda buku budak dan siapkan kerja sekolah.
  • hari jumaat balik awal, 6 petang. ikut kak rahida balik rumah dia. tumpang rumah dia sebab malam tu ada mesyuarat PIBG. makan malam di rumah kak ida, tumpang mandi solat semua dan kak ida hantar pergi sekolah lepas isyak. terima kasih banyak ye kak ida
  • mesyuarat PIBG kali ni agak lama. pukul 11.15 macam tu habis. cik zira sampai rumah pun nak dekat pukul 12 malam. penat sangat badan dan mata pun ngantuk betul. sampai rumah je buat apa yang patut terus tido sebab esoknya kena kerja pagi.





Sabtu, 7 Januari 2012
  • bangun subuh awal. bersiap ke sekolah. sarapan kuey teow goreng dahulu dan minum air milo.
  • bergerak ke sekolah pukul 7.30 pagi. sampai sekolah orang tak ramai lagi
  • kerja cik zira semalam, mengemas bilik SAC bersendirian. alhamdulillah dah kemas, bersih dan cantik balik. ingat nanti nak lantik pengawas SAC untuk jaga dan kemas bilik tu. nanti kalau ada Tahun 6 guna untuk kelas tambahan, mesti tak terjaga bilik tu nanti. tu yang kena lantik pengawas untuk kemas bilik SAC merangkap bilik cik zira tu. esok nak minta tolong budak-budak lelaki angkat dan susun meja dalam bilik SAC tu sebab semalam nak buat sorang-sorang meja tu susah nak dialihkan. itu kerja buat esok.
  • dah siap mengemas SAC, turun ke bilik guru sambung buat kerja sikit. dah takde apa, terus balik rumah. sampai rumah pun badan penat, mata ngantuk, tido sekejap dan rehatkan badan sebab banyak kerja nak kena buat lepas bangun tido tu.





inilah cerita cik zira 2 hari yang lepas. sibuk kan? kerja makin banyak ni. jadi, mana yang sempat cik zira siapkan dahulu. hari ni ahad. esok isnin dah kena kerja balik. tak sabar tunggu cuti raya cina seminggu. boleh rehat balik sekejap kalau takde kerja sekolah banyak. 
okeh semua. selamat berhujung minggu!








~sekian~







k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 7 januari 2012 3.50 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails