SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 8, 2012

cuti-cuti Penang : kisah 3




lepas turun je dari Bukit Bendera, terus nak cari makan. sebab masa tu pun dah zohor. perut pun apa lagi, dah bergendang kuat. suamiku bawa semua ke kapitan untuk makan tandoori dan beriyani.


suamiisteri,, =)




cik zira kalau makan dekat kapitan ni memang kesukaan lah makan tandoori dengan roti nan. memang sedap dan terbaik!!






ada yang makan tandoori jugak, ada yang makan beriyani. ada yang makan megi goreng jek jauh-jauh datang,, hehe






kapitan ni pun memang salah satu lokasi makan kegemaran di Penang ni. kalau pergi penang, singgahlah kat sini ea. dia kawasan tanjung lah, belah-belah nak ke jeti.






lepas makan, singgah di Masjid Kapitan Keling. cik zira dan suamiku solat dahulu. yang lain boleh jamak. kitorang kan tak boleh, jadi singgah solat dahulu lah lepas dah kenyang,,, ;)






lepas tu pergi lagi ke chowrasta sebab kak june nak beli jeruk untuk dibawa pulang ke JB. tokcik aza hari pertama sampai dah borong jeruk dah. dorang masuk MYDIN tengok-tengok.






abang ai balik petang tu jugak sebab bawa kereta sendiri. yang keluarga tokcik dan cik paris malam tu balik naik bas. jadi, tinggal 2 keluarga sahaja di Penang.






cik zira dengan suamiku sempat beli topi lagi masa dekat chowrasta tu. topi cik zira haruslah MERAH kan. suka sangat, comel je bila pakai. jalan dekat situ semua tengok kitorang laki bini pakai topi. tebiat kot kata orang-orang. tapi takpe, lagipun masa tu tengah hujan renyai, topi tu boleh gantikan payung.






petang balik rehat dan berkemas-kemas. lepas maghrib keluar pergi Pesta Pulau Pinang. selama 6 tahu belajar dekat sana pun tak pernah sekali pun cik zira pergi pesta tu. baru hari tu berkesempatan jejakkan kaki ke tapak pesta. oklah, macam-macam ada. patutlah sentiasa ramai orang. setahun sekali kan. makan malam pun dekat situ.









malam tu, keluarga tokcik salleh dan cik paris naik bas balik ke JB. tinggallah cik zira sendiri bersama suamiku dan keluarga suamiku,,, =)






cik zira harap keluarga cik zira selesa dan gembira sepanjang berada di Penang. terima kasih tak terhingga kepada suamiku yang membawa kami makan dan jalan-jalan.






jutaan terima kasih kepada abah sebab sponsored kitorang semua untuk cuti-cuti Penang ni. kepada tokcik jugak yang ada belanja sikit-sikit sebab terlepas. kalau tak, memang tak payah keluar duit. bercuti je.






kepada chenta-chenta hati yang menaja penginapan dan pengangkutan, terima kasih sangat-sangat.






semoga percutian kali ini walaupun singkat tempohnya memberi antara kenangan indah kepada sedara cik zira. terima kasih semua sudi temankan cik zira di majlis 18 disember yang lepas,,, =)






nanti datanglah Penang lagi ye!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 7 januari 2012 2.32 p.m.

1 comment:

Nur Murni said...

kita pon stay penang..hehe..tk jauh dr awak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails