SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 5, 2012

semalam : rabu, 04012012






Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya






Ya Allah, penatnya hanya Tuhan je yang tahu. semalam 1 hari buat kerja. siapkan mana yang patut. sampai sekolah je hari pertama semalam tu memang takde masa rehat yang betul. semuanya kerja, kerja dan kerja. semua cikgu pun rasa penat yang sama macam cik zira rasa. betul kan cikgu-cikgu?
Buku Rekod Mengajar cik zira banyak yang masih tak lengkap masa sampai sekolah tu. cik zira sempat siapkan mana yang cik zira tahu dulu. yang selebihnya siapkan malam tadi. dari lepas isyak sampailah ke pukul 12 tengah malam. selebihnya, pagi ni siapkan lesson plan dan sebagainya mana yang masih belum siap.






semalam pun kat sekolah punyalah ramai ibu bapa datang terutama anak-anak yang tahun. penuh sekolah dengan kaum ibu bapa yang resah gelisah anak-anak masuk sekolah. padahal ada anak-anak yang selamba rilek jek. hehe






dekat sekolah dah dapat jumpa 2 kelas. 3D dan 2H. alhamdulillah. berjalan dengan baik P&P cik zira semalam untuk 2 kelas tu. alhamdulillah syukur juga cik zira panjatkan apabila anak-anak kelas 2H, kelas terakhir tu tak banyak ragamnya dan semua mendengar kata. syukurlah sangat.






peraturan semua cik zira dah bagi tahu. harap anak-anak cik zira jelas dan ikut peraturan teacher hazirah ni sepanjang cik zira mengajar dorang. kalau dorang ikut, maknanya dorang budak baik,,, =)






bekal yang cik zira bawa, bik ani masakkan pun sempat makan nak dekat pukul 4 petang. itu pun tak selera sangat sebab kerja banyak. kak sharifah noor tolong habiskan. lega sikit. takdelah membazir. bekal semalam ialah nasi + ikan asam pedas + sayur kacang panjang + sambal tumis telur puyuh. sedap kan kan?







waktu sekolah dah mengikut waktu sebenar. tak macam tahun lepas cepat 10 minit. makanya, cik zira pun akan pulang ke rumah macam waktu biasa, tak awal sedikit dari tahun lepas. aduhai. tapi, nasib baik semalam alhamdulillah jalan lancar sahaja dan sampai pun sebelum maghrib sebab maghrib dah lewat sikit sekarang.






lepas maghrib pergi giant membeli barang dan tapau takoyaki untuk makan malam. lepas balik giant tu, lepas isyak setelkan semua kerja sampai mengantuk. mana yang sempat, siapkan dahulu. selebihnya siapkan jugak pelan-pelan. Insya Allah boleh siap semua.






masa cuti lama dah tamat. sekaranglah masa cikgu-cikgu akan bekerja dengan keras semula. ye, mari sama-sama ye cikgu-cikgu, kita cuba jalankan tanggung jawab sehabis baik. chaiyok!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 5 januari 2011 12.12 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails