SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, February 18, 2012

semalam : jumaat, 17022012




pagi semalam, cik zira banyak habiskan masa siapkan kerja sekolah mana yang sempat. sekarang kerja macam sedang banyak, jadi, tak mahu bertangguh, mana cik zira boleh siapkan, cik zira sudahkan dahulu. macam malam semalam pun sambung lagi buat kerja.






hari jumaat jadual cik zira 3 masa sahaja, kelas 2A dan kelas 2H. mengamuk semalam dalam kelas 2A sebab dah naik lemak semua sekali. bagi kerja tak nak buat. mentang-mentanglah cik zira baik je, bukan main lagi. tak pernah tengok cik zira mengamuk kan, senyap semua dalam kelas semalam. bagi kerja pun kena buat sendiri. selalu cik zira akan ajar dulu, tapi semalam sebab geram sangat, kena buat sendiri. biar rasa sikit, macam mana susahnya. budak kalau kelas depan ni, rasa dah pandai sangat. tu yang jadi lemak semacam je. lepas ni dah takde bagi muka dah. masuk kelas 2H lepas tu pun garang jugak, tapi lepas tu dah ok. tak sampai hati tengok budak-budak kelas 2H. nyanyi dan main-main sebab ajar lagu Jambatan Sudah Roboh. anak-anak 2H kalau marah betul, dorang takut nanti, lepas tu semua cik zira tengok muka kesian je. tu yang tak boleh nak marah lama-lama. cikgu kan, marah macam mana pun lembut jugak nanti,,, ;)






semalam bekalnya nasi ayam. makan bila ada masa lapang sikit. lepas tu sambung dengan kerja-kerja yang ada.






balik semalam penat. perjalanan sangat lama. keluar sekolah pukul 6 petang, tapi sampai pukul 7. sejam dalam kereta. penat betul!






hari sabtu ni cik zira nak amek kesempatan siapkan kerja bertaip mana yang boleh. nekad nak siapkan hari ni jugak memandangkan baju kerja untuk minggu baru ni dah siap-siap iron semalam. jadi, boleh fokus siapkan kerja sekolah. Insya Allah.






baiklah semua. selamat berehat di hujung minggu ni k. Assalamualaikum.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 17 februari 2012 8.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails