SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 7, 2024

JJCM Penang : Thong Ne Thae Restaurant

Tadi dalam kelebatan hujan pun sanggup cikzira dan khalisah meredah hujan nak JJCM di Thong Ne Thae dekat jeti nak ke pulau aman dekat batu kawan. 

Sampai sampai tetap ramai walaupun hujan. Dekat situ selain makanan siam, banyak jugak makanan 7E thailand dengan jualan vendor vendor tapi tak beli pun sebab makan pun dah berapa RM. Hehe..

Pemandangan memang cantik sebab nampak keindahan lautan luas terbentang. Tempat makan pun luas banyak meja. Dalam satu masa tu boleh je muat ramai ramai. Bab parking pun mudah parking banyak. Nak masuk ke situ kena bayar RM5 utk parking dekat dalam tu.

Ok, ni apa yang cikzira order makan berdua dengan khalisah. Cikzira review harga dekat gambar eh. 

Ni portion daging salai lepas dah masak
banyak jugak tapi sebab dah makan nasi dua pinggan
Tu tak habis daging bungkus bawa balik

Set Daging Salai Berapi dapat 4 jenis sos

Daging Salai Berapi RM46
ini daging sebelum dimasak
Diletak dalam pinggan gergasi

Set yang datang sekali daging
4 jenis sos, salad, suhun dan daun ketumbar

Paling tak berbaloi sotong celup tepung
Tepung keras, sotong kecik
Portion untuk harga tu dikira mahal
kalau sedap tak apa, ni tak sedap😔

Sotong Celup Tepung
RM20
sangat tak berbaloi❌

Tomyam Bangkok
tomyam tak padu, x kick kuah dia
dalam tu semata udang saja 7 ketul tak silap
kalau dengan kulit nampak besar
Dah kopek alahai kecik kecik 

Tomyam Bangkok RM20
tak berbaloi untuk rasa dan portion❌

Telur Dadar RM3 
pun rasa kedai tomyam tepi jalan
punya telur dadar lagi sedap😔

Coklat Ais RM5, Greentea Ais RM6
Nasib air ok☺️





Status Thing Ne Thae : Daging salai tu ok. Berbaloi la harga sebab banyak jugak tak habis bungkus bawa balik. Untuk telur dadar, tomyam dan sotong goreng tepung tak ok. Mungkin pada tekak orang lain ok. Tapi untuk cikzira yang memang suka jjcm suka cari makan terutama makanan siam ni, kalau tanya nak Repeat? Tak dah❌


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails