SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 8, 2024

JJCM Penang : Makan Pagi Permatang Pauh

Cawangan pertama di Bayan Lepas dah pernah pi. Makan Pagi, lunch dinner fizzycafe 3-3 pun pernah. Cawangan kedua Makan Pagi di Georgetown pun pi banyak kali dah. Harini tadi pi terjah makan dekat Makan Pagi cawangan ketiga pulak di Permatang Pauh.

Sampai-sampai kena beratur tapi jangan risau servis laju. Beratur taklah terlampau lama. Sementara beratur dapat buku menu boleh dah pilih siap siap nak makan apa. Sampai depan terus buat order. 

Ni apa yang cikzira order makan 3 beranak:

Nasi Lemak Bilis Telur RM4

Cucuq Manis Sambal Ikan Bilis RM4.90

Wantan Mee RM8.90


Chili Pan Mee RM8.90


Char Kuey Teow Chinese RM8.90


Roti Bakar Kaya Butter RM4.90

Kopi Orang Kitah & Teh Ais

Cawangan ketiga ni macam biasa vibes kampung kampung deco kedai cantik. Suasana pun best walaupun masa sampai tu kul 11 lebih dah nak tengah hari panas tapi orang tetap ramai. 

Pilihan menu sama macam dua cawangan lagi dan katanya nanti akan start buka malam jugak. Tiga harini percubaan buka waktu malam nak tengok crowd belah seberang. 

Makan Pagi ni memang cikzira akan repeat sebab bila datang boleh makan macam macam dan wajiblah dua pinggan sorang.

Antara port makan makan yang bila datang penang silalah makan dekat Makan Pagi ok❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails