SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 9, 2024

JJCM Kulim : (Repeat) AJ Bakar House

Kali kedua makan di AJ Bakar House sebab teringat-ingat. Kali ni datang 4 beranak dan atas undangan owner husband and wife sendiri. Terima kasih banyak banyak. Layanan sangat baik. 

Kalau korang nak tahu, AJ Bakar House ni kepunyaan husband and wife Encik Jasman dan Puan Azia. Itu yang terhasilnya AJ tu gabungan nama mereka. Sweet kan😍

Kitorang order yang kitorang nak makan sebab haritu makan sedap lepastu owner serve lagi beberapa makanan dan minuman untuk kitorang try. Dua meja penuh dengan makanan ya. 

Jom tengok gamba gamba semua makanan dan minuman yang bukan saja cantik dalam gambar tau, tapi memang in real pun sedap dan sangat berbaloi makan dekat sini. Korang baca caption dekat gambar tau.

B8 Smoked BBQ Beef Brisket RM26
signature AJ brisket cooked about 8-10 hours
serve with mash potato + coeslaw + baked beans
+ toast bread

B8 Smoked BBQ Beef Brisket RM26
nak makan beef brisket yang puas hati
SILA ODER YANG INI
rasa smoked dengan perapan sos dia tu PADU
portion besar ni 2 orang pun boleh makan
memang kenyang tersandar
beef tu rasa sedap side dish plak sume sedap
LENGKAP

F19 Pan Fried Butter Tilapia
with Creamy Chili Oil Pasta & Salad RM23.90

tilapia fillet cook with butter and serve with spaghetti
cook with chili oil & cream
top with mix salad

F19 Pan Fried Butter Tilapia 
with Creamy Chili Oil Pasta & Salad RM23.90
nak rasa pasta yang betul betul lain
rasa ala ala japanese pun ada sebab ikan kan
korang boleh try yang ini
lain dari lain tapi kalau yang suka taste macam ni
cuba oder satu!

C5 Spicy Auba Chicken RM14.90
whole leg chicken marinated with homemade 
spicy sauce serve with salad & fries
portion macam biasa banyak!

C5 Spicy Auba Chicken RM14.90
yang suka ayam nak makan ayam
WAJIB ODER MENU NI
ayam tu diperap dengan sos sedap amat
makan tu juicy dalam mulut
sos spicy tu pun padu sangat
salad fresh fries pun garing elok
apa lagi, masuk dalam list!

B6 Grill Batang Pinang Steak RM27
steak daging batang pinang dimasak sempurna
ada sos special + mash potato + saute vege
+ baked beans + eggs

B6 Grill Batang Pinang Steak RM27
siapa suka steak dan nak portion besar
yang sepinggan bukan ada steak saja
wajib oder ni! kenyang terlentang
daging sedap kuah sedap side dish sume sedap lah!

P5a Grill Lamb with
Creamy Black Pepper Spaghetti RM16.90

yang ni pun lain tak dapat kedai lain
kambing tu tak usah cerita dah sebab memang padu
kuah creamy tu pekat rasa black pepper yang kuat
gabung plak dengan grill lamb tu
KENA!

P2b Carbonara Spaghetti Sausage RM11.90
budak budak wajib oderkan yang ni
makan tak habis habis sebab big portion
rasa yang sesuai untuk budak orang besar pun suka
creamy yang bila campur cendawan dan ayam tu
ngam!

P9 Spaghetti Udang Pedas Pedas! RM14.90
yang ni unik tak dapat kedai lain
udang pun besar besar
berkuah creamy manis tapi ada hint pedas sikit
nak kelainan, oder ni!

L13 Grilled Lamb Shoulder Chop RM27
ni paling fav!
siapa suka kambing wajib oder. WAJIB!
perapan rahsia yang sedap + mash potato sedap + coeslaw
+ telur yang kuning dia tu cair macam tu
Nikmat!

L13 Grilled Lamb Shoulder Chop RM27
dua dua kali datang dua dua kali oder
kambing tu perapan dia sedap
bila masuk dalam mulut Ya Allah, nikmat
portion pun besar boleh makan 2 orang
side dish pun best

TS2 Mushroom Soup with Toast RM8
yang ni siapa suka makan sup cendawan wajib order
cicah plak toast rangup tu best tau
cuma sup tu ada rasa susu yang kuat tau
yang suka boleh je makan☺️

FJ1 Watermelon Juice RM4.60
FJ3 Orange Juice RM4.60
FJ4 Lemon RM3.50

yang nak minum jus boleh oder minuman jus
sedap dan harga murah tau

DF2 Lemon Pudina Serai LPS RM4
DF14 Watermelom Longan RM6.90

dua dua sedap ada rasa tersendiri dan refreshing
siapa suka jus jus oder yang ni ok

C01 Caramel Macchiato (hot) RM9.90
sedappp hirup panas panas
rasa sume cukup, padu!

last sebelum balik dengan Puan Azia owner AJ Bakar House
terima kasih atas layanan yang sangat baik😍

Kesimpulannya, AJ Bakar House ni serve menu-menu ciptaan chef sendiri yang tak dapat dekat kedai western yang kebiasaan. Rasa tu rasa padu dan authentic trademark AJ Bakar House. 

Untuk walk in ada tapi cikzira suggest korang book sesiap dan order menu terus jadi tak perlu tunggu lama. Ni contact number owner Encik Jasman wasap.my/+60126101675 korang boleh save nombor ni kalau nak try makan dekat AJ Bakar House ni. 

Dekat tingkat atas pulak ada space untuk buat small event macam gathering ke atau nak buat makan-makan ofis ke sekolah ke pun best. Ruang yang bersih dan selesa siap ada tandas dengan surau sekali. Masa kitorang sampai tu dah lewat petang, masuk maghrib boleh terus solat dekat surau tingkat atas. Telekung disediakan in case tak bawa telekung sendiri. 

Pendek kata, cik zira kalau pi kulim ke memang nak repeat makan dekat AJ Bakar House ni dan wajib order menu kambing sebab sangat padu perapan kambing tu dan kambing yang sangat juicy bila masuk dalam mulut. Haisyh, duk taip ni pun teringat ingat. 

STATUS AJ BAKAR HOUSE : sedapppp dan akan repeat for sure✅ 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails