Masa kitorang check in di Zaque's Hotel di Sungai Petani, hari nak check out ahad, 1.9.2024 tu kitorang cari port breakfast sekitar hotel. Terjumpa satu gerai dalam 9-10 minit dari hotel tu.
Gerai ni tepi jalan je pastu pemandangan vibes kampung. Ada macam macam menu jugak nasi lemak dan lauk lauk, ada bihun, char kuey teow, mee wantan, roti bakar pun ada jugak.
Lokasi Ahmad Bros Kicthen ni dekat Jalan Lencongan Barat, SP. Waze je dia boleh detect terus ke kedai. Nak order grab pun boleh.
Harga makanan pun ok dan portion pun sesuai tak banyak sangat tak sikit sangat. Jadi, ni apa yang cikzira order untuk sarapan pagi yang dah terlewat masa tu :
Ibu punya Nasi Lemak Paru Berlada RM5.50 |
Khalisah punya Nasi Lemak Sambal Sotong RM4.50 add on Ayam Goreng Berempah RM6.50 |
Ibu punya jugak Taiping Char Kuey Teow RM7 |
Abdul Khaliq punya Mee Wantan RM7 |
Teh Ais RM2, Kopi Ais RM2 |
Jalan-jalan dekat situ banyak je port sarapan dengan makanan tengah hari dalam kampung tu. Kena explore sendiri atau boleh cari dekat grab tengok mana yang menu menarik tu terus waze location.
Status Ahmad Bros Kitchen : boleh makan dan harga ok. Rasa tu biasa-biasa sahaja. Nak cuba boleh je. Approved✅
No comments:
Post a Comment