SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, February 24, 2012

semalam : khamis, 23022012




semalam kan hari yang gembira untuk cik zira. sebab gaji masuk. cik zira akan sentiasa alert bila gaji masuk. nak dekat tarikh masuk dah akan semak slip gaji online. punyalah macam tu sekali kan. yelah, siapa yang tak suka dapat duit, rezeki Allah bagi. setiap kali dapat gaji tu rasa bersyukur sangat-sangat.






setiap kali masuknya gaji, cik zira akan uruskan duit dengan sebaiknya. lebih kepada simpanan dan simpankan sikit untuk keperluan. pagi sampai ke pukul 10 lebih memang dekat luar uruskan duit. habis setel semua, balik dan bersiap nak pergi sekolah.






hari khamis semalam agak tenang bagi cik zira. tidak ada apa yang nak dimarahi dekat anak-anak dalam kelas. semua baik dan mengikut kata, kan senang hati cik zira. tak payah nak marah-marah. kan bagus kalau hari-hari mendengar kata.






dah mula bertugas di perpustakaan jaga masa rehat. awal ni ok lagi. pengawasnya pun rajin-rajin lagi, banyak yang baru dilantik, semua rajin lah lagi. harapnya sampai ke akhir tahun lah rajin. Amin.






program terdekat, hari sabtu ni pungutan Duit PIBG. isnin ada watikah pengawas, kena jadi pengacara majlis. kena bersedia untuk dua program terdekat ni. untuk sabtu ni tugas cik zira kena kira duit sebab cik zira pun salah seorang AJK PIBG sekolah.






eh, bekal semalam kan. lupa nak cerita. mana sah kalau tak tunjuk bekal apa cik zira bawa gi sekolah kan. ada nasi + sayur kacang panjang masak lemak + ikan goreng sambal kicap.






hari ni dah jumaat. esok sabtu pergi sekolah pagi sebab pukul 7.30 dah kena ada dekat bilik mesyuarat. memang kena keluar rumah awal. lagi 2 minggu nak cuti bulan tiga nanti. tak sabar. tak sabar nak balik penang jumpa suami di sana,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 23 februari 2012 9.05 p.m.

2 comments:

Cik FaRiZaM said...

nyum nyum bendi kan tu>

hazirah abdul rahman said...

bukan2, itu kacang panjang,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails