SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 10, 2012

berganti wallet



sedih sangat apabila wallet kesayangan berwarna Merah berjenama fossil yang sudah bersama ke hulu hilir selama setahun lebih sudah rosak. kulitnya tercabut-cabut dan berderai. isi dalam sume okeh lagi. tapi memandangkan keuzuran wallet tersebut sudah tidak boleh dibendung lagi, maka cik zira pun mengambil keputusan dengan berat hatinya untuk membeli wallet baru menggantikan wallet uzur itu.


pergi beli wallet baru masa suamiku balik bulan lepas. cari dekat jusco tebrau sahaja. cari haruslah warna Merah jugak! pusinglah semua tempat wallet nak cari wallet yang bakal mendampingi hari-hari cik zira. wallet baru yang bakal banyak berjasa sepertimana wallet yang uzur itu.





cari punya cari maka mata terpandang wallet di bahagian alain delon dan 50%. harga asal RM 199, maka dapatlah harga beli RM 100. mula-mula kena belek dulu nak tengok dalamnya memuaskan hati ke tidak. akhirnya selepas tidak berfikir panjang memandangkan itulah wallet yang paling ok antara yang lain, maka terus dibayar.


masa suamiku beli kotak di tesco, cik zira pun mulakan operasi menukar wallet. semua barang ditukar ke dalam wallet yang baru. wallet lama dimasukkan ke dalam kotak dan selamat dibuang dengan perasaan sedih tidak terhingga. takpelah, kamu sudah banyak jasa padaku wahai wallet fossil merah. tiba masa wallet alain delon merah pula menaburkan bakti kepada cik zira.


semoga wallet yang kali ini juga dapat bertahan lama sebab kulitnya tidak lah sama seperti kulit wallet fossil tu. sangat suka warna merahnya. cuma tak boleh sumbat ketip kuku dengan pendrive macam wallet fossil dulu. takpelah.





makanya, cik zira kini sudah berganti wallet. wallet yang lain, warna Merah yang sama. cari yang mampu milik je. tak mampu nak beli yang ratus-ratus. =)





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 6 disember 2012 12.25 p.m.

1 comment:

eza ezara said...

salam kenal..follow sis zira ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails