Assalamualaikum. hari ni happy sebab gaji dah keluar. nanti nak keluarkan duit dan nak uruskan gaji macam biasa. mana nak simpan disimpan dahulu.
semalam ke klinik buat check up untuk si baby yang di dalam perut dah 34 minggu lebih. kiranya sekarang cik zira dah 8 bulan lebih nak masuk 9 bulan dah.
alhamdulillah, keputusan darah minum air gula normal, 3.7. takde kencing manis. yay! tekanan darah pun ok. berat je naik 1.2 KG dan berat sekarang masa timbang semalam ialah 62.5 KG. kiranya sekarang cik zira punya berat dah naik 9 KG.
tengok doktor scan si baby semalam. dah nampak muka dia sket dan nampak dah besar si baby. tapi tak jelas sangat sebab doktor kerajaan mana nak explain kan, dia buat kerja dia je. teringin je nak scan lagi tapi suamiku tak bagi. kena ikut lah cakap suami. dia kata berserah dan berdoa je, semoga si baby selamat.
doktor cakap baby ok, sihat. berat dia dah 2.4 KG. wah, dah berat upanya. patutlah cik zira dah cepat mengah sekarang ni. penat bawa si baby ke sana sini. sebab tu tak keluar berjalan, tak larat. jalan pun dekat-dekat je. ingatkan baby tak berat sebab perut tak besar sangat. upanya dah berat jugak anak ibu ni. syukur alhamdulillah.
next check up ialah pada 31 disember. penghujung 2012. dah keje masa tu. kena minta cuti lah nampaknya. si baby masih bergerak aktif dan rasanya sebab ruang dia masa ada untuk bersilat dalam perut ibunya ni. takpe anak, geraklah nak gerak banyak mana. nanti dah keluar ke dunia, ibu tahulah nak buat apa kat si baby k. tunggu jelah.
ok, ni cik zira nak tepek gambar cik zira dengan si baby masa check up 2 minggu lepas masa 32 minggu. hantar mms dekat mami tersayang di penang pun mami kata perut comel je. bak kata mami cik zira, takpe, keluar kecik, nanti bagi dia minum susu banyak-banyak bagi dia bam-bam, Insya Allah.
comel kan perut 8 bulan? orang tanya pun bila cik zira bagi tahu kata kecik comel je. lagilah kalau pakai tshirt besar, memang tak nampak sangat macam 8 bulan pun. nampak jek kecik, tapi nak membawanya pun dah mengah-mengah je. hehe
oklah, cukuplah bercerita pasal pregnancy cik zira pagi selasa ni. nanti cik zira update lagi. selera makan pun ok, keje nak makan je tapi takdelah sampai mentekedarah. tapi asal lapo, mesti kena makan. tak boleh tunggu, nanti sakit perut, masuk angin.
berhenti di sini dulu. jumpa entry besok pagi plak.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 8.15 a.m.
3 comments:
Aaahhhh...comell perot
Singgah Bersiar-siar :)
KR.
semoga baby n zira selamat yer. :)
Post a Comment