dah masuk bulan kedua cik zira bergelar seorang ibu. ibu kepada khalisah. dan cik zira sedar yang menjadi seorang ibu adalah anugerah Allah yang paling indah. dan cik zira juga sedar yang bila kita dah jadi ibu ni, tanpa kita sedari kita mempunyai kuasa dan kekuatan yang tiada pada si ayah. betul, takde! ibu je tiba-tiba dan jadi macam power rangers bila dah ada anak ni.
ni cik zira ceritakan pengalaman cik zira sendiri yang cik zira anggap sebagai kuasa dan kekuatan seorang ibu yang cik zira percaya ibu-ibu lain pun turut mempunyai 'power' yang sama. tak payah pun jadi ultraman ke batman ke.
jom baca! ini pengalaman cik zira tau.
- masa 9 bulan mengandungkan anak, alahan, loya dan penat ditanggung sendiri.
- masa sakit nak bersalin. huh! memang sakitnya Allah je yang tahu. sakit nak keluarkan baby, sakit masa kena jahit.
- masa lepas bersalin. sakitnya
- masa berpantang
- jaga baby malam-malam. khalisah masa dalam hari memang malam kuat mengaruk. nangis jerit tak nak tido. dari malam sampai ke pagi kena berjaga demi khalisah. walaupun tak cukup tido tapi takdelah sakit ke apa. syukur
- mandi, salinkan pampers dan hairan kan, ibu-ibu ni sikit pun tak rasa busuk ke geli ke dengan tahi anak sendiri. cuba kalau si ayah. mahu awal-awal dah cabut bila tahu anak berak. betul kan?
- sanggup cantikkan anak sendiri sampaikan diri sendiri pun kadang-kadang dah tak cantik. hehe
- nak update blog yang selalu 1 entry 5 minit je dah jadi sampai sejam kadang-kadang 2 jam tertangguh layankan khalisah yang nangis nak dipeluk tak nak lepas.
sebenarnya banyak lagi kan kekuatan yang ada pada insan bergelar ibu ni bila dah ada anak sendiri. kenapa ye? sebab bila penat, marah macam mana sekalipun, bila tengok anak rasa sayang sangat. hilang rasa penat semua. lagi bila tengok anak tersenyum, hati rasa bahagia sangat.
ini masa khalisah ada rambut
oh anakku, khalisah. ibu akan sentiasa jadi kuat macam badang untukmu sayangku!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 7 mac 2013 11.55 a.m.
3 comments:
caiyok ibu :)
bestnya dh jadi ibu...bila giliran kita plak ni *huhuuu*
Ye.chaiyok!
Post a Comment