SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 16, 2013

eee, khalisah tak malu ea??



oh, sebelum apa-apa, nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat diri sendiri dan semua yang namanya cikgu. hari ni ada sambutan hari guru kat sekolah. awal pagi dah gerak gi sekolah. pakai cecantik. cantik ke? ehehe



masa buat latihan



semoga anak-anak yang cik zira latih wat persembahan dapat buat dengan baik lah. yang penting hari ni selain acara sukaneka, acara yang dinanti ialah makan-makan. makan dengan baik (sepuas dan sekenyangnya). update pasal hari guru kemudian ye. tahun lepas cik zira menari dengan budak-budak masa tu tak tahu yang khalisah dah ada rupanya dalam perut. tahun ni khalisah dah ada, ibu cam segan je nak menari. jadi, duduk diam je tengok anak-anak buat betul ke tidak. kalau betul dah janji nak belanja. hehe


lepas tu awal-awal dah pesan kat anak-anak sekolah, "kalau nak bagi teacher hadiah, kalaulah nak bagi tau. tak yah beli merepek-repek k. belikan teacher pen je, konpem teacher guna. ingat tu." yelah, kadang-kadang hadiah bebanyak tu tak watpe pun. sayang kan. kalau bagi pen memang akan guna jugak bila dakwat habis guna je pen yang dapat banyak-banyak tu. tanak hadiah lain. boleh tak macam tu? hehe



ok dah. sekarang agenda utama. cerita pasal khalisah pulak. ingat tak bulan bape hari tu yang cuaca sangat-sangat-sangatlah panasnya. kalau orang tua pun panas macam hape, inikan si baby macam khalisah tu. daripada pakai baju seluar sume. bukakan seluar dan last-last tinggal pampers je. memang panas sangat. bila dah macam tu, khalisah lega sikit sebab dapat bogel tapi ada pampers. hehe


khalisah ni cik zira tengok suka juga kadang-kadang tak pakai baju. dia rasa bebas agaknya kan. tapi time sejuk tak bolehlah ye anak sebab nanti kang perut kembung susah plak awak.


jadinya, kat bawah ni ada gambar khalisah tak berbaju. kalau baby lain ketak bam bam sana sini, khalisah tak lah. khalisah ni jenis kurus dan tinggi. tak bam bam sangat pun. takpelah, yang penting cukup susu ibu kasi dan makan macam-macam dah buyut ngan tokbik kasi. nak kata kurus hari-hari berak tak jugak. 5 hari sekali baru membuang. kesian kadang tengok dia meneran nak berak tak boleh. bila tanya akak-akak kat sekolah dorang kata normal 5 hari sekali tapi kalau dah lebih tu kena bawa jumpa doktor. harap-harap masalah ni buat sementara jelah. 


semua gamba kat bawah ni masa khalisah umo 2 bulan lebih. rambut baru nak tumbuh balik.




 muka apa khalisah buat ni sayang? macam gengster gegirl je



 suka sangat-sangat dengan gamba ni sebab khalisah buat macam-macam pose comel. 
eh, gewam!




tengok tu khalisah bila dah berlengging, memang rilek je muka dia. hehe. sukalah tu!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 10 mei 2013 8.43 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails