SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 15, 2013

wedding pertama khalisah pergi di JB dengan ibu dan tokbik.



kalau minggu lepas cik zira da buat entry khalisah gi kenduri masa dekat Penang (KLIK SINI), hari ni nak cerita pasal kenduri pertama yang khalisah pergi dekat JB ni. kenduri ni dijemput oleh kawan lama tokbik. dia buat 2 pengantin sekali dan berlangsung di Sangkar Kristal LC Catering dekat Jalan Serampang jalan ke Giant Leisure Mall tu.








peh, memang terbaik lah sape yang wat wedding kat situ. dia siap pakej lengkap. bayo jelah sume siap. tapi dewannya tingkat atas dan kalau orang tua ke orang sakit kaki ke memang hazab sikitlah nak nak mendaki tangga yang curam tu. kena pelan-pelan dan dengan gigih lah menapak satu demi satu tangga.


tapi, bila dah berjaya mendaki sampai ke puncak gitu, terus terpukau dengan dekorasi dewan tersebut. pelamin, meja makan beradab, meja dan kerusi tetamu dan semua-semualah. pendek kata memang memukau mata cik zira yang datang ni.


lepas tu, makanan lah best. selalu gi kenduri kawen memang akan tengok makanan lah kan. selain nasi minyak sume mesti nak tengok makanan lain-lain. pusingan pertama haruslah nasi minyaknya dan lauk wajib cik zira amek mesti kepak ayam masak merah. sangat suka! lauk-lauk lain pun amek jugak. habiskan satu pinggan tu. pusingan kedua makan sate ayam+daging dengan kuah kacangnya. pusingan ketiga kuih-muih dan buah-buahan. nak pergi pusingan keempat nak makan rojak tak sempat sebab khalisah dah okekokek dah bunyi sebab dia memang masa nak pergi pun dah ngantuk tapi cik zira bawa jugak. tu pun seb bek dia baik boleh bertahan tunggu ibu makan sampai 3 pusingan. kang kalau dia baik sangat agaknya ibu dia berpusing-pusingan pun boleh makan. hehe








memang class lah sape buat wedding kat situ. class dari segi persembahan masa majlis dan class jugak bab nak keluarkan duit sebab kat situ memang mahal. kalau jemputan sikit mahal, jemputan ramai dalam 1K ke, murah lah sikit. tapi memang pakej lengkap sume siap tak payah wat apa pun.







oh, berbalik kepada tangga tadi. cik zira kan letak khalisah dalam stroller. tak tahu plak ada tangga tinggi. masa datang tu ada pakcik baik hati tolong angkat stroller tu dengan cik zira sambil puteri sorang tu duduk rilek je dalam stroller. hehe. time balik, tokbik dukung khalisah, cik zira lipat stroller bawa turun. senang. kang angkat nak turun dengan ibu dengan khalisah dengan tokbik dengan stroller sume terbalik. curam okeh curam sangat!


maka bila khalisah dah merengek nak minta balik, ibu yang masih belum kenyang sebenarnya walaupun dah 3 pusingan terpaksa akur kehendak anak yang dah mengantuk sangat. dalam kereta tokbik dodoi kejap je terus terlena. alah sian khalisah. kena biasakan ye anak bila dapat ibu yang suka-kaki-kuat makan ni.



khalisah & tokbik kesayangannya



lepas ni wedding kat mana pulak ea nak bawa khalisah?





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 10 mei 2013 8.20 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails