SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 21, 2013

Hari Guru 2013



tahun ni cik zira jadi Ketua AJK Persembahan murid. dapat tahu je pegang jawatan tu terus cari budak dan fikir nak buat apa. tahun lepas cik zira menari dengan anak-anak tahun 2A. medley 10 lagu. tahun ni tak menarilah, bagi anak-anak 3D je menari. yelah, dah beranak satu kan. tahun lepas menari rupanya khalisah dah ada dalam perut. tak tahu. tahun ni hari guru khalisah dah cukup 4 bulan, 16 Mei lepas.


cik zira pakai pink lace peplum + red mermaid skirt + shawl corak. baju kurung baru memang takdelah. pakai yang mana ada yang simple je. blazer pinjam kak ida. seb bek muat dengan cik zira. terima kasih kak ida.


 ibu

khalisah




majlis dirasmikan oleh YB Pn Hajjah Normala yang baru menang PRU 13 hari tu. baru menang terus datang SK Taman Cendana. tahun lepas pun YB lain yang datang. maklumlah, YDP PIBG kitorang orang kuat politik. jadi, senanglah jugak nak dapatkan YB-YB untuk majlis sekolah. nasib baik YB Normala ni tepati masa. lepas tu lama jugak dia kat sekolah. sampai kul 10. siap dapat bunga dengan kek sekotak. terima kasih ye YB. nanti datang lagi.











lepas habis pakai baju cecantik. salin baju sukan plak. sume dapat tshirt baru kuning hitam. cikgu laki men bola tampar. cikgu perempuan men futsal. kumpulan cik zira kalah. mana taknya dalam padang asek keje gelak sana sini. memanglah kalah. hehe









lepas selesai acara sukan, majlis makan-makan plak. makan sampai kenyang lah cik zira. 






tahun 2013 ni merupakan tahun ketiga cik zira jadi cikgu kat SK Taman Cendana ni. apa perasaan jadi cikgu? sangat seronok. walaupun garang dalam kelas, kaki pukul kaki jerit, tetap anak-anak cik zira kat sekolah tu baik jugak dengan teacher garang ni. sayang korang!!! yang bagi hadiah terima kasih banyak tau.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 18 mei 2013 4.35 p.m.

1 comment:

attyfir said...

selamat hari guru cikgu zira

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails