SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 21, 2013

khalisah ngantuk pegi zoo


Kalau cuti keje biasanya hari ahadlah sebab sabtu pun selalu keje, mesti buntu tak tahu mana nak bawa khalisah berjalan.  Selalu ke shopping mall je. Sian khalisah.


Cik zira kan gi mana pun selalu berdua je dengan khalisah. Jadi nak gi tempat jauh sket agak payah sebab takut time dia ngantuk nanti dia ngamuk nangis nangis sian plak dia. Tapi sekarang da beso sikit da kurang ngamuk time jalan. Syukur


Kalau suamiku di sisi oklah kan nak jalan mana pun boleh. Sebab tu kalau tengok suami isteri yang bawa anak jalan selalu tu pujuk hati sendiri.  Takpelah. Belum masanya ibu ngan khalisah nak duduk sama dengan babah. Belum masanya lagi. Jalan jelah berdua dulu.


Eh. Panjang plak intronya. Haha


Ok. Ni cite semalam. Oleh sebab khalisah adalah pencinta haiwan sebab tengok dia memang suka tengok kucing ngan burung kat luar uma. Suka men ngan kucing. Maka ibu dia ni semangat bawa gi zoo johor awal pagi. Bawa sepupu sekali akim dan siti.


Tiket dewasa rm2 kanak kanak rm1. Murah je kan. Zom pegi zoo johor! Tetibe.




Tapi sayang seribu kali sayang. Mood khalisah adalah kelaut habis! Dia adalah mengantuk. Jadi ibu yang terlebih excited nak tunjukkan dia segala haiwan yang ada tapi khalisah macam yelah ibu. Khalisah nampak sume haiwan tu tapi khalisah ngantuk ni. Hehe


Tapi bawa jugak round zoo johor sampai penat.  Khalisah memang da xnak duk dalam stroller.  Sebab tu bawa gi mana pun bedukung. Nasib sangat khalisah ringan.


Beli air sebab haus pastu terus balik. Sampai uma khalisah nangis nak tido. Pujuk bagi susu terus dia tido. Penat gi zoo gamaknya.



Kalaulah ada indoor untuk baby main kat jb ni kan best. Tak tahu nak bawa khalisah gi jalan mana time cuti. Huhu



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails