SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 19, 2013

lama tak melaram ni


Dulu time belajar suka sangat bila setiap sem ada dinner bertema boleh pakai cantik ikut tema. Sanggup berhabis duit semata mata nak melaram dan yang penting ikut tema. Suka sangat. Selalu dapat best dress. Happy!


Tapi bila dah jadi cikgu ni. Dah takde dinner bagai. Skola bukan macam tu. Lagipun kalau ada tak semua pun sporting nak ikut tema kan kan


Nak letak gamba dulu pakai ikut tema pun update ni pakai phone je. Xde gamba malas nak cari balik. Hehe


Sebenarnya nak cakap yang esok malam sekolah cik zira ads buat makan malam kat grand paragon. Pertama kali lepas masuk tahun ketiga bekerja buat makan malam tau. Lepas tu yang tak bape nak best sebab takde tema khusus. Em.. tak berapa gemar sebenarnya dinner tak bertema ni.


Jadi nak selamat pilih dress. Dah siap beli online sekali dapat ada koyak.  Sadis sangat. Return balik. Tapi takpe masih ada dress cantik amat bik ani simpan.  Dress kawen arwah mama fauziah yang dah berpuluh tahun cik zira muat pakai. Sesuailah nak bawa gi dinner. Cik zira suka sangat baju lama lama. Baju arwah mak pun banyak cik zira simpan dan pakai.


Baju kasut beg rantai sume dah ada. Tudung kena cari balik mana yang sesuai nak pakai dengandress cantik itu. Harap dress cantik tu bertambah cantik lah bila tersarung di badan cik zira. Amin.


Lama tak tengok cik zira melaram macam zaman anak dara dulu kan. Ha, tunggu dah habis dinner nanti cik zira share gamba kalau lawalah ye. Tak lawa tanak share. Boleh?


Tak sabar. Hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails