SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, December 7, 2013

krabi


Assalamualaikum
Blog sangat terabai untuk seminggu lebih rasanya kan. Ok. Harini nak update.


Isnin baru ni cik zira bercuti ke krabi dengan femly suamiku. Pergi tiga hari dua malam nek dua buah keta. Percutian keluarga ni ditaja oleh abang ipar dan bapa mertua.


Perjalanan yang panjang iaitu 10 jam dari penang ke Ao Nang Krabi. Ini perjalanan paling lama buat khalisah setakat ini. Bosan dia duduk dalam keta lelama. Tapi nasib baik baik khalisah ok. Cuma bila datang penat ngan mengantuk dia mengaruk la macam biasa. Orang beso pun penat duk dalam keta lelama inikan pulak si khalisah yang kecik tu kan.


Oleh kerana kitorang pergi ni pergi sendiri makanya hotel pun cari mana yang ada. Duduk dekat Nong Eed Resort bebetul depan Mcd 7eleven dengan starbucks. Dekat dereten kedai sume tu.


Lima bilik untuk dua malam. Resort ni range harga rm100-rm150 tapi lebih kurang sama dengan resort kat langkawi kat chenang tu. Cumanya kondisi bilik banyak yang tak ok. Owner nya pun tak mesra pelanggan siap nak gaduh lagi ada. Pastu takmo layan sangat. Jadi kalau nak ke sana cik zira tak berapa nak suggest resort ni.




Sebenarnya banyak je hotel ngan resort sepanjang Ao Nang ni. Pilih jelah nak mahal ke murah ke. Makan pun tetepi jalan tu ada je orang siam muslim yang meniaga pakai moto tu. Malam pertama tu tapau nasi goreng dengan padthai. Sebungkus rm6. Sedap!


Kalau bejalan memang makan la best. Cik zira makan banyak. Sume pun sedap. Malam kedua makan steamboat bbq dekat dekat jugak dengan bilik tapi baik tuk tuk tu. Pergi balik untuk 10 orang rm40. Tuk tuk banyak je sepanjang jalan.


Sarapan pun ada je kedai makan. Cumanya takdelah nasi lemak ke roti canai ke. Ada nasi berlauk. Lauk adalah best sebab pedas pedas. Cik zira suka.


Hari kedua kitorang gi pulau pulau. Sorang rm100. Dekat phi phi island dia kasi makan. Dah lapo men air dekat pulau terus makan. Phi phi Island best jugak sebab kat situlah ada gerai jual semua. Pulau lain tu turun untuk main air mandi ngan snorkeling.


Tapi seyes pantai dia cantik sesangat. Pasir pun lembut je sampai kan khalisah banyak makan pasir. Suka dia main pasir sampai ingat tu makanan. Sedap kot masin. Khalisah takut main air. Dia tak pandai lagi.


Gerak balik krabi lepas sarapan pepagi tu. Singgah pekan krabi amek gamba sket pastu gi hatyai. Makan tengah hari kat hatyai.


Malam tu makan malam kat kuala perlis. Sangat best sebab memang nak sangat sotong goreng tepung. Dapat jugak akhir nya. Kan cik zira pernah cerita yang sotong goreng tepung kat kuala perlis memang terbaik!


Sampai penang tengah malam. Esoknya tengah hari suamiku ajak gi kl untuk semalam je. Saja jalan beli barang sket. Barang yang nak beli takde pun. Beli barang lain untuk femly suamiku.


Dah puas berjalan. Harini kena back to work. Ada keje nak kena buat. Tudung pun ada stok baru tak sempat je nak upload.


Hujung minggu ni balik jb sekejap ada kenduri sepupu. Pastu balik penang semula untuk habiskan cuti yang tinggal sebelum bekerja semula untuk sesi 2014.


Ok. Khalisah da bangun. Badan khalisah panas sebab penat berjalan jauh rasanya. Pastu dia cirit birit berak cair dari semalam.  Kesian dia. Takpe.  Ibu ada khalisah jangan risau k. Ibu ada jaga khalisah ye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails