SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, November 30, 2013

kalaulah dapat duduk sekali.. :(


Cuti lama ni duk penang dengan suamiku. Suamiku sebelum cuti pun dia dah kata nak tumpang rumah abang dia nak duduk sekali. Yelah tak pernah merasa dapat duduk sekali kan.


Jadi mula semalam duduk tumpang rumah kat sini. Punyalah penat sebab banyak sangat barang nak diangkut bawa naik. Dengan baju dengan barang nak masak beli dekat tesco. Seronok shopping sebab fikir nak masak untuk suami. Mood sangat happy. Shopping sambil babah dengan khalisah tunggu dalam keta je.


Angkut barang empat trip. Babah dia boleh tido. Seb bek khalisah pandai main sendiri. Tunggu ibu sampai siap buat keje sume. Good girl anak ibu sorang ni.


Pagi tadi kejutkan suamiku bangun subuh siap gi keje. Buatkan air salam semua pastu suamiku gi keje. Perasaan tu happy sangat bila dapat duduk bertiga.


Tinggal berdua dengan anak. Buat keje rumah apa yang patut. Tunggu suamiku hantar lauk untuk masak. Turun bawah dengan khalisah amek lauk suamiku hantar.


Balik rumah tidokan khalisah dulu. Pastu masak. Dah lama sangat tak masak. Masak tengah hari untuk dua orang je kan. Jadi masak dua lauk jela. Yang penting simple. Sayur campur dengan ikan berlada.




Bubur khalisah memang dah masak awal. Makanan untuk khalisah makan sampai malam. Hehe


Sekarang dah pukul dua lebih masih tunggu suamiku balik keje nak makan sesama. Khalisah dah makan. Tido pun dah lama. Tu tengah main sorang sorang.


Walaupun masih takde rezeki nak tinggal pindah penang dengan suamiku tapi sangat bersyukur diberi kesempatan merasa duduk bersama macam ni. Syukur


Kepada yang duduk jauh dengan suami macam cik zira ni sama sama kita bersabar k. Sume ni hikmah. Teruskan berdoa supaya satu masa nanti dapat duduk bersama.


Kepada yang memang duduk bersama tu bersyukur banyak banyak tau. Dugaan duduk sama dengan duduk jauh tak sama.


Kesimpulannya, cik zira akan terus berdoa yang terbaik. Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails