SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 20, 2013

nak mandi sendiri


Tinggal bape hari je lagi nak habiskan masa tiga beranak sama sama dekat penang ni. Syahdu plak bila fikir nak kena balik jb tinggalkan suamiku di penang ni. Yelah hampir sebulan duduk bersama sekali anak beranak. Tido makan sama sama. Bertiga.


Ini dugaan Allah bagi kat cik zira. Jauh dari suamiku masih takde rezeki nak duduk sama sama. Masih terpaksa bekerja jauh dari suamiku. Macam malam tadi sebelum tido borak dengan suamiku. " Allah tu maha segalanya. Dia uji kita ngan buah hati sebab Dia tahu kita ngan buah hati kuat duk jauh. Kalau orang lain mesti ada yang tak boleh jauh sejam pun." Suamiku pun setuju. Suamiku pun cakap ada sebab Allah tak bagi duduk sama lagi. Mungkin bila jauh rindu tu lagi kuat.


Takpe. Redha sahaja. Mungkin bila masa dah tiba dapatlah cik zira suamiku dan khalisah duduk bersama.


Eh. Sebenarnya nak cite pasal khalisah.  Pasal anak. Apa lagi yang nak cerita kan kalau bukan pasal anak sejak dah jadi mak mak ni ha. Sekarang khalisah tu kan kalau mandi dah macam orang besar nak mandi sendiri. Tak bagi langsung ibu nak pegang shower tu. Sabo jela.



Sekarang bila ibu dia dah lama sangat cuti mabja khalisah bukan main lagi. Jerit sana jerit sini. Taknak dengan orang lain dah. Bila tak nampak ibu dia mulalah menjerit meraung macam kena pukul. Orang lain tak boleh pujuk langsung.


tak tahula macam mana nak naik keje ni. Dahla pagi sampai petang keje. Mesti meraung kat rumah nanti. Aduhai anak.

2 comments:

Petak Bunga said...

selalu follow zira sini..

maaf macam tak sedap tengok gambar dalam bilik air. malu jugak anak..

maaf kalau tersinggung.

vanilla said...

i feel u cik zira :)

kita pun masih jauh dengan suami. dah setahun setengah kahwin. tapi kita takde baby lagi la. hehe.

kita pun percaya pada Allah. insyaAllah sabar itu manis hasilnya kan ;)

khalisah so cute!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails