SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 29, 2014

hijrah ke arah kebaikan.


Assalamualaikum. Ini entry perkongsian yang cik zira rasa peringatan untuk diri sendiri dan secara tak langsung nak mengajak rakan rakan semua pun perlahan lahan menjadi yang lebih baik. Insya Allah


Dulu zaman belajar cik zira memang tak menjaga aurat dengan betul. Memang cik zira mengaku. Tudung singkat tshirt lengan pendek. Pakai ketat ketat. Rasa macam baik tak payah pakai tudung kan macam tu. Bila difikir balik la. Dosanya masa tu.


Lepas kahwin perlahan lahan berubah. Tang stokin memang takde masalah. Cik zira rajin pakai. Stokin pun banyak. Jangan amek remeh sebab kaki pun aurat kan. Dulu gila kasut cari beli kasut cantik cantik lepas tu nampak kaki. Dosa jugak kan. Jadi sekarang Alhamdulillah kaki terjaga. Stokin memang sentiasa tersarung nak pegi jalan ke nak pergi kerja ke.


Tangan pun dah tak pakai yang lengan pendek bila nak keluar. Pakai lengan panjang. Baju pun pakai yang besar besar. Sume baju kecik da tak pakai.


Tudung dari M labuh tutup dada Alhamdulillah sekarang dah berjaya dapat kan tudung syria saiz L yang mana labuhnya menutup sampai ke perut.


Kain dalam pun memang cik zira pakai. Jarang jarang da ditutup. Ketat dah dilonggarkan. Pendek dah dilabuhkan. Yang terdedah dah dibalutkan.


Cik zira rasa tenang dan gembira dengan perubahan perlahan lahan cik zira ni. Bukan kata cik zira bagus dan nak tunjuk baik. Tidak sama sekali. Cuma cik zira rasa ramai antara kita tak memandang aurat ini secara serius padahal kalau ikutkan dosa dosa macam ni bila selalu buat kan makin lama makin banyak terkumpul. malu pada Allah.


Suka sangat sangat tengok ibu muda yang masih belajar dan femes macam irine nadia ibu medina dan dena bahrin ummi saif. Ya Allah alangkah indahnya kalau semua daripada kita menjadi solehah pemakaian seperti idola cik zira dua orang ni. Siapa kata menutup aurat dengan baik tak boleh bergaya. Irine dan dena sangat cantik dan comel malah uptodate dari segi pemakaian mereka. Shawl labuh tu sangat comel. Kita yang temgok ni pun sejuk mata memandang.


Perlahan lahan. Bukan perlu drastik. Cik zira pun teringin sangat jadi macam tu. Yang baik baik. Bukan sahaja dari segi pemakaian. Hati pun cik zira nak jaga elok elok. Tutur kata perbuatan semua. Hidup ni singkat. Allah pinjamkan kita dengan kesempurnaan. Jadi jom sama sama kita jaga k. Semua pun nak masuk syurga betul tak.


Berubah kerana Allah. Bukan sebab terpaksa atau sebab orang. Ada yang kata alah suami pun tak kisah nak pakai macam mana pun. Ye memang betul. Suami tak kisah. Tapi tak terfikir ke kita yang bila kita tak jaga aurat suami pun berdosa sama.


Cik zira berubah dan niat hanya untuk dapat keredhaan Allah. Perlahan lahan. Bila cakap dengan suamiku pun dia happy dengar. Dia tak paksa. Cik zira sendiri yang nak macam ni. Bukan tak cantik pun bila berstokin pakai baju besar pakai skirt besar pakai tudung labuh. Masih cantik malah makin terpelihara. Betul kan?


Cik zira selalu ingat mati. Allah tarik nyawa bila bila je. Jadi bila ada kesempatan untuk lakukan benda baik jom kita sama sama buat. Tak susah. Bila dah selalu amalkan jadi senang. Bila tak buat rasa macam janggal je.


Jangan amek remeh bab aurat k sayang sekalian. Dulu memang cik zira remehkan. Tapi sekarang syukur cik zira akan cuba usaha untuk jaga dengan baik. Sebelum pakai apa apa dan sebelum keluar cik zira pastikan apa yang cik zira pakai Allah suka. Cik zira pun rasa tenang je. Syukur


Dalam Al Quran pun Allah dah sebut kan. Pakai yang seeloknya. Aurat dijaga dengan baik. Barulah Insya Allah jadi muslimat solehah. Mudah mudahan. Amin


Maaf kalau tulisan cik zira ni menyinggung sesiapa. Niat cik zira ikhlas. Nak berubah demi Allah. Dan alangkah baik kalau kita semua sama sama jaga aurat demi Allah supaya Islam tu menampakkan wanita semua indah. Subhanallah.


Jom semua. Jaga aurat dengan baik. Allah suka.

2 comments:

Unknown said...

salam. seronok sgt baca.noly pun dulu sama jgk,but now alhamdulillah dah makin tertutup aurat.semoga semuanya ertambah baik dan elok :)

vanilla said...

salam cik zira...lama tak jenguk sini.
alhamdulillah,sama-sama kita improve dressing kita kan. saya pun dulu macam cik zira dulu jugak. Malu bila tengok balik gamba2 lama.
saya pun suka tengok dressing dena dengan irine, slowly we are getting there kan ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails