SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 25, 2014

perlahan lahan lama lama kuat


Assalamualaikum
Selalu salahkan diri sendiri sebab dah takde masa nak update blog merah kesayangan. Padahal kalau ikutkan time gila update sehari sampai 3-4 entry konsisten setiap hari. Kenapalah dah tak rajin nak update macam tu kan sekarang. Alasan paling kuat sibuk dan macam semua je dah cerita. Hehe


Jadi. Maafkan cik zira ye. Tapi apapun update cepat semua dekat instagram cik zira. @hazirah27 atau @khredshop kalau nak shopping yang memurah. Follow k. Lagi cepat update kat instagram.


Baiklah. Harini kalau nengokkan tajuk tu rasanya boleh teka tak nak cerita pasal apa. Kalau pandai memang tererlah.


Khalisah Alhamdulillah dah boleh berjalan umur setahun. Dua minggu sebelum besday dia pun dah belajar bertatih. Sekarang dah seminggu lepas 17 januari makin kuat kaki dia berjalan. Jalan makin rajin. Jatuh cepat cepat bangun. Dah boleh main tendang bola kat luar pakai kasut. Kalau tak dulu asek tengok kaki orang je. Syukur. Senang nak bawa gi jalan tapi lepas ni kena rajin kejar dia pulak. Budak ni bukan boleh leka kang cepat je dia hilang.



Kalau khalisah da kuat dan rajin nak berjalan, babah khalisah pun sama. Syukur sangat lepas berubat dengan sorang pakcik di kelantan suamiku dah boleh berjalan perlahan lahan. Da mula tinggalkan tongkat dua tu guna tongkat satu yang kecik je. Kuasa Allah. Sekali jumpa da makin kuat kakinya. Esok kena pergi lagi ke kelantan dari penang tu nak jumpa pakcik tu lagi.


Kalau ikutkan check up lepas ni 11 februari kalau takde perubahan nak kena operation balik kaki tu kata doktor pakar tu. Sebab tu usaha berubat sebab tanak bedah lagi sekali. Bayangkan kaki masuk besi panjang ada 13-14 skru nak dibedah balik. Allah.. harap lepas ni jumpa doktor dah tak payah nak buka balik kaki tu. Mudah mudahan.


Hati ibu dan isteri mana yang tak lega dan bersyukur bila suami dan anak dah dapat kaki. Tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. Allah tu memang Maha berkuasa Maha mendengar. Allah makbulkan doa cik zira.


Tak sabar nak balik penang dengan khalisah jumpa suamiku. Nak jenjalan tiga beranak. Bestnya.

1 comment:

msredcheesecake said...

Budak kalau dapat kaki, memang tak terkejar kita....hhee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails