SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, February 22, 2014

setelah dua bulan tidak bersama tiga beranak ni

Assalamualaikum
Harap masih ada yang sudi nak membaca tulisan cik zira di blog merah ini. Mudah mudahan.


Rezeki masih tidak memihak kepada cik zira Khalisah dan suamiku. Tapi masih akan tetap mencuba tanpa putus asa untuk isi borang tuka bulan april ni plak. Setiap kali pun isi namun masih tidak bernasib baik. Masih perlu berjauhan begini. Takpe. Allah Maha Mengatur yang terbaik untuk cik zira Khalisah dan babah Khalisah.


Last berjumpa cuti bulan dua belas hari tu. Khamis malam suamiku sampai. Cik zira dengan Khalisah jemput babah di senai. Sampai tertido Khalisah dekat pangku dalam perjalanan ke senai.





Masa selama tiga hari dua malam yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Khalisah tak mahu sangat dengan babah sebab lama tak jumpa kan. Dah lupa agaknya. Tapi bila babah nak balik kanmen salam cium banyak kali.


Nanti cuti bulan tiga ibu ngan Khalisah balik penang jumpa babah plak k. Ada plan cuti bersama. Yay!!


Sedih sedih jugak. Yelah kan. Mana taknya. Jumpa kejap lepas tu berpisah jauh balik. Mohon Allah berikan yang terbaik untuk cik zira tiga beranak ni. Amin Ya Allah.


P/S : cik leha, makcik cik zira. Adik ipar abah meninggal dunia pagi rabu lepas. Allah sayang cik leha. Terima kasih cik leha tolong jagakan Khalisah baik sangat. Kita doakan Allah masukkan cik leha dalam syurga sebab cik leha baik. Baik sangat. Al Fatihah

2 comments:

RIZAWATI ABD RAHMAN said...

Sabar ye ibu khalisah. Arap2 cpt dpt tukar ke penang ye zira.

vanilla said...

cikzira, kita pun masih jauh dengan suami..takde rezeki lagi dapat duduk sama. InsyaAllah kita tergolong dalam wanita2 kuat gitu..heeee...praying the best for u and your family dear ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails