SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 21, 2014

berakhir dan bermula


Pertama sekali. Alhamdulillah syukur. Penantian selama hampir empat tahun berakhir. Permohonan bertukar kali ketujuh diluluskan berkat doa kuat kepada Allah.

Semalam tanggal 20 november 2014 hari akhir bertugas di SK TAMAN CENDANA yang disayangi. Sekolah cikgu cikgu dan anak anaknya. Pasti sedih!

Dah habis kemas meja dah angkut sume barang dan hadiah hadiah penuh seat kereta belakang.

Majlis makan malam pun sudah untuk kami kami 8 orang yang berpindah ini. Maaf tak dapat nak upload gamba dari phone. Kalau tidak boleh share gamba. Lama sangat cik zira tak share gamba di blog merah ni kan.

Last semalam salam salam dengan cikgu cikgu sktc sedih sayu. Menitik juga air mata ni. Macam mana lah sekolah baru nanti. Dapat tak kawan kawan sebest ni. Dapat tak anak anak se-ok macam ni. Risau pun ada.

Barang kat sekolah dah habis kemas. Barang kat uma satu apa tak kemas lagi. Sayang plak nak tinggalkan uma tempat berteduh kasih. Sayang plak nak tinggalkan atok n bik ani yang dah mencurah sayang sejak arwah mak takde..

Atok bik ani mesti sedih nanti sebab khalisah dah tak duk sini. Tapi takpe boleh rehat. Tahu. Jaga khalisah penat. Nanti sesekali cuti ibu ngan khalisah balik jb k jenguk buyut dan tokbik.

Dah hari hari pesan dengan khalisah. Nanti kita duk dengan babah kat penang. Tokbik takde. Buyut takde. Nanti khalisah jawab. Tokbik takde ea. Buyut takde ea. Nak ikut tak? Alahai sedih.

Dekat sekolah dah sedih. Nikan lagi nak tinggalkan rumah atok ni yang sejak dari sekolah zaman blaja anak dara sampai dah dapat khalisah pun. Tu yang malas nak berkemas nak pindah sebab sedih sangat rasa.

Berakhir sudah kenangan sepanjang di SK TAMAN CENDANA. tidak lama je lagi bermula kisah baru di sekolah baru. Semoga yang baik baik sahaja untuk cik zira dan khalisah di sana nanti. Doakan ye semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails