SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 17, 2014

bermula kehidupan baru kami


Assalamualaikum.
alhamdulillah cik zira dan khalisah selamat sampai penang petang semalam. babah khalisah balik JB amek ibu dan khalisah. hari isnin balik uma abah dekat segamat tido satu malam. selasa pukul 11 pagi gerak balik ke penang.

bilik dekat rumah atok dah kosong. tinggalkan barang sikit je kalau nanti cuti balik uma atok. lori besar sangat datang hari ahad awal pagi angkat barang sume. dah selamat sampai penang jugak barang barang semua. lori pun bila dah survey survey yang ni yang paling murah dan available untuk tarikh yang cik zira bagi. paling murah. JB-Penang RM1200. paling mahal 1900-2000. standard rm1500-1600. lori cik zira dapat ni besar. 8 tan ada kot. 20 kaki.



masih tak rasa lagi macam pindah dan menetap kat sini sebab rasa macam balik penang cuti sekolah macam biasa. kurang dua minggu nanti dah nak mula kerja baru rasa lain. esok lusa nak lapor diri kat sekolah baru. SK Seri Indah, Ayer Hitam. takut. tapi setiap hari berdoa semoga sekolah baru ni, kawan kawan cikgu, anak anak murid sebaik di SK Taman Cendana. Amin.

khalisah pun tak rasa lagi yang dia nanti takde tokbik dan buyut jagakan. nanti khalisah duduk sini maklong ngan maksu dan yang lain lain tolong tengokkan khalisah masa ibu gi keje. kalau khalisah nakal bagi je. ibu tak kisah sebab ibu pun selalu bagi khalisah kalau khalisah taknak dengar cakap ibu.

buyut khalisah dah cakap awal awal sebelum pindah, nanti cuti sekolah balikla sini. sian buyut. mesti rindu dengan cicit kesayangan dia. ye. cuti sekolah nanti mesti kena balik jb. bukan khalisah rindu. ibu pun rindu jugak.

In Sha Allah. cik zira bertekad nak aktifkan semula blogspot. blog ni dan blog meniaga lagi satu. kat sini mungkin dah kurang meniaga dan berbazar. jadi nak fokus balik online dan update blog. tekad ni. kena bagi buat. lagipun banyak sebenarnya cerita cik zira nak kongsi macam masa rajin zaman anak dara tu. sehari sampai 3-4 kali update blog kan. dulu tu cite ntah pape je. sekarang dah jadi isteri, ibu, cikgu, banyak lagi benda baik cik zira nak kongsikan dalam blog ni. In Sha Allah.

pelan pelan nanti cik zira kasi update blog setiap hari k. blogshop cik zira - khredshop pun nanti cik zira update barang baru dan barang yang available k sume. kalau sudi nanti silalah jenguk dua blog ni. facebook pun ada instagram pun ada.

antara gamba terbaru ibu dan khalisah


ada kerja ni. tunggu di lain update ye semua. cik zira doakan semuanya sentiasa dilindungi Allah. amin

1 comment:

suezen said...

laaaa br tau khredshop tu zira nyer ig:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails